Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Petaka: Syurga Ini Milikmu (2021)

AMARAN SPOILER!

Astro First pada tahun ini meneruskan lagi penerbitan filem – filem tempatan menerusi platformnya. Filem terbaharu yang ditayangkan adalah filem yang bertajuk PETAKA : SYURGA ITU MILIKMU. Dibintangi oleh pelakon lagenda tanah air iaitu Wan Maimunah dan turut membantu dalam filem ini adalah PU Azman yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang dikelilingi kesusahan sehingga ibunya terpaksa menjual rumah pusaka yang diwarisi daripada suaminya sendiri. Si ibu tinggal bersama dengan dua anaknya yang bekerja keras dalam memastikan  mereka bertiga untuk terus menikmati sisa kehidupan di pondok yang mereka diami.

Ibunya mempunyai sakit yang tidak dijelaskan dalam plot filem namun apa yang boleh diagak adalah kemungkinan si ibu mempunyai diabetes yang bertambah teruk kerana jangkitan kuman di kakinya menjadikan kaki si ibu yang dilakonkan oleh Wan Maimunah ini tadi bertambah teruk lukanya.

Mempunyai dua orang anak, anak perempuan membantu si ibu di rumah semasa anak lelaki keluar mencari rezeki dengan melakukan kerja kerja kampung sehinggalah pada suatu hari dia ditawarkan kerja sebagai “runner” oleh seorang warga kampung tersebut.

Memandangkan kesempitan hidup yang dialaminya, anak lelaki yang dikenali dengan nama Chaq ini tadi telah menerima tawaran kerja daripada Haziq. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, Chaq semakin selesa dengan kerjanya dan banyak gaji yang diperolehnya. Dengan gajinya itu, dia dapat membela nasib keluarganya sehingga suatu hari, satu peristiwa telah menimpa chaq dan keluarganya.

Filem ini berlatarbelakangkan suasana keluarga di kampung yang serba serbi kekurangan. Kegigihan mencari kerja dalam menelusuri kesempitan hidup yang ada pada zaman sekarang ini. Dilihat dari segi itu, filem ini boleh dikatakan sebagai sebuah filem yang berpijak pada bumi yang nyata namun sayang sekali filem ini kelihatan lompong dari segi sudut lain.

Jalan cerita yang disampaikan oleh pihak produksi melalui filem ini dilihat begitu rapuh. Tiada arah tuju yang jelas sehinggakan para penonton dibiarkan tergantung selama 30 – 40 minit yang pertama. Tergantung tanpa ada arah tuju dalam menonton filem ini.

Selain daripada jalan cerita yang begitu tergantung, aspek “emosi” para pelakon yang melakonkan watak dalam filem Petaka ini juga hampir mencapai tahap “malapetaka” kerana setiap emosi yang ingin disampaikan dalam babak tertentu tidak dapat dirasai dengan baik.

Tidak dinafikan bahawa filem Petaka ini mempunyai nilai pengajaran yang begitu bagus seperti ketaatan kepada keluarga, kesungguhan dalam mengeluarkan keluarga dari kemiskinan dan sebagainya. Namun, nilai pengajaran sahaja tidak mampu membawa sesebuah filem belayar begitu bagus tanpa aspek aspek yang lain.

Rating Kakimuvee

2.5/5

Related posts

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim (2021) – Episod 26-28

Ahmad Fariszuan

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim (2021) – Episod: 21-25

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Selamat Hari Tak Jadi (2021)

Kakimuvee

Review Filem: The Perfect Date (2019)

Kakimuvee

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim – Episod: 16-20

Ahmad Fariszuan

Review Drama: Rahimah Tanpa Rahim (TV3) – Episod: 11-15

Kakimuvee

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman