Review

Review Filem: Pattas (2020)

Views

AMARAN SPOILER!!!

MMA. Sebut sahaja filem MMA semestinya kita akan terbayang akan sebuah filem tempatan yang pada suatu tempoh ketika yang tular ke segenap seluruh tanah air dan mengatakan bahawa itu adalah filem MMA pertama yang dihasilkan oleh produksi tempatan. MMA atau Mixed Martial Arts sekali lagi menjadi salah satu komponen dalam filem. Bezanya kali ini dibawa oleh sebuah produksi dari India dan tidak menyatakan bahawa ia adalah filem MMA pertama negara mereka.

Pattas dalam bahasa tamil, terjemahan terus ke bahasa Melayu bermaksud "Bunga Api" kali ini mengenengahkan tentang satu seni bela diri yang tertua di dunia yang berasal dari tanah India dan didakwa berevolusi kepada semua jenis seni bela diri yang ada di dunia ini.

Kisah dimulakan dengan begitu meleret dengan penceritaan yang dilihat agak tunggang terbalik dan juga caca merba. Dimulakan dengan pengenalan watak utama yang merupakan seorang pemuda di sebuah bandar yang suka ke sana ke mari dengan seorang rakannya. Tanpa menyedari beliau mempunyai seorang ibu yang masih lagi hidup yang terpisah akibat satu tragedi pahit dalam hidup mereka.

Babak babak yang meleret serta dilihat tidak perlu terus menerus disajikan kepada penonton dalam separuh masa pertama filem ini. Namun momentum filem ini dilihat stabil pada separuh masa kedua iaitu bermulanya filem selepas "intermission" yang mana menceritakan "backstory" kepada tragedi pahit dan juga "origin story" kepada watak utama.

Penceritaan yang penuh dengan aksi dan makna disajikan kepada penonton serta perkembangan kepada watak "villain" diberikan kepada penonton pada separuh masa kedua ini.

Secara keseluruhannya, filem yang berdurasi 2 jam 25 minit ini hanya perlu masa yang lebih pendek untuk tayangan dan penceritaan yang tidak meleret.Penggunaan konsep MMA juga dilihat dimanfaatkan dengan baik dimana pertembungan antara seni bela diri yang lain itu dapat dilihat secara jelas walaupun hanya diberikan sebanyak 1/3 dari keseluruhan filem ini.

Namun ada beberapa aspek lain lagi yang menyumbang kepada kualiti yang biasa biasa sahaja pada filem ini seperti babak yang tidak perlu dan beberapa babak dubbing yang tidak sempurna kerana suara asal masih kedengaran dalam beberapa babak.

RATING KAKIMUVEE: 5/10

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks