Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Onward (2020)


Amaran Spoiler!!!

Selepas menghasilkan animasi yang beremosi seperti Toy Story, Inside Out dan Coco, Pixar Animation Studios dan Walt Disney Pictures meneruskan formula mereka dalam filem animasi terbaru berjudul Onward. 

Disuarakan dua bintang MCU, Tom Holland dan Chris Pratt, Onward ditetapkan di dunia fantasi yang mana magis semakin dilupakan disebabkan kemajuan teknologi. Ian (Tom Holland) dan Barley Lightfoot (Chris Pratt) merupakan adik-beradik Elf yang telah kematian bapanya. Ian dan Barley memiliki perbezaan personaliti yang sangat berbeza. Tidak seperti abangnya, Barley yang sangat ceria, taksub dengan dunia magis dan dianggap ‘loser’ oleh masyarkat, Ian merupakan remaja elf yang pendiam dan sukar untuk berkomunkasi dengan orang sekelilingnya melainkan ahli keluarganya sendiri.

Ketika Ian menyambut hari lahirnya yang ke-16, Ibu kedua-dua beradik itu telah memberikan sebatang tongkat magis milik bapa mereka sebagai hadiah. Ketika membuka hadiah terakhir dari bapa mereka, Ian menemui sekeping nota yang tertulis mantera untuk menghidupkan kembali bapa mereka untuk tempoh 24 jam. Barley yang gemarkan magis teruja, dengan dengan arahan yang tertulis pada nota tersebut. Dia cuba untuk mengembalikan bapanya dengan membaca mantera yang diberi, tetapi gagal.

Semasa berseorangan didalam bilik, Ian mencuba tongkat magis tersebut, dan secara tiba-tiba mantera yang diucapkannya menjadi kenyataan. Bagaimanapun, pekara tidak diingini telah berlaku, ketika bapanya sedang dihidupkan kembali oleh magis, batu sakti yang menjadi sumber magis tersebut telah pecah dan hanya mewujudkan separuh badan bapanya iaitu dari paras pinggang kebawah. Barley yang masuk kebilik adiknya itu terkejut dengan keadaan yang kelam kabut, tetapi teruja melihat Ian berjaya menggunakan magis.


Demi menyempurnakan tubuh badan bapanya, Barley mengajak Ian untuk mencari batu sakti yang dipercayai masih wujud. Ian yang teringin menemui bapanya buat pertama kali, bersetuju dengan cadangan Barley dan kedua-dua mereka memulakan penggembaraan mencari magis yang semakin dilupakan dan mengejar masa supaya dapat bertemu dengan ayah mereka.

Jika hendak dibandingkan dengan beberapa filem hit Disney / Pixar, seperti francais Toy Story, Coco dan Inside Out, Onward berada ditahap ‘OK’ terutamanya dari segi animasi dan lakonan suara. Tetapi, penceritaannya masih lagi mengikuti acuan yang telah ditetapkan, iaitu berunsurkan kekeluargaan dan penggembaraan. Pembinaan cerita sedikit perlahan di awal filem, namun perkembangan dan konflik mula kelihatan apabila Ian dan Barley memulakan penggambaran. Apa yang menariknya tentang Onward adalah cara ia mewujudkan suasana yang cukup beremosi. Penonton tidak akan menyangka, segala konflik yang berlaku diantara Ian dan Barley semasa menjalani penggembaraan mencari batu magis akan disimpulkan dalam satu babak yang mampu membuatkan air mata penonton bertakung.

Gandingan Tom Holland dan Chris Pratt berjaya menghiburkan penonton dengan dialog-dialog mereka yang mencuit hati. Begitu juga karakter-karakter sampingan yang dilakonkan oleh Julia Louis-Dreyfus sebagai Laurel Lightfoot, ibu kepada Ian dan Barley serta Octavia Spencer sebagai Corey. Karakter Laurel dan Corey tidak membayangi dua karakter utama, tetapi selingan babak yang melibatkan kedua-dua karakter ini banyak membantu memberi hiburan kepada penonton.

Dari segi animasi, karakter-karakter Onward tidaklah begitu ‘comel’, tetapi masih lagi cantik dan kemas. Penonton cilik tempatan mungkin kurang mengemari animasinya kerana mereka tidak biasa dengan karakter-karakter fantasi dari barat. Tambahan pula, warna-warnanya tidak begitu menyerlah dan cerah memandangkan hampir keseluruhan filem ini berlatarbelakangkan waktu malam. Bagi penonton remaja ianya sangat sesuai kerana animasinya dekat dengan golongan remaja.

Kesimpulannya, Onward masih meneruskan tradisi kekeluargaan dan kekuatan cerita dalam filem-filem animasi terbitan Disney / Pixar. Unsur-unsur komedi, konflik dan kekeluargaan dibikin secara seimbang, tetapi memberikan penutup yang cukup kuat dan beremosi. Jika Toy Story berkisarkan tentang persahabatan, Coco mengaitkan hubungan anak perempuan dan ayah, dan Inside Out mengenai perubahan personaliti dan kekeluargaan, Onward pula menyampaikan mesej pengorbanan dan ikatan yang kuat diantara adik dan abang dalam konteks dunia fantasi.

RATING KAKIMUVEE: 8/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee