ReviewSlot Asia

Review Filem: One Piece – Stempede (2019)

Views

AMARAN SPOILER!!

Filem seterusnya dalam universe ONE PIECE kini kembali pada tahun 2019 dan menggegarkan seluruh peminat anime terutamanya di seluruh negara. Ditayangkan secara eksklusif hanya menerusi skrin GSCinema pada minggu pertama dan kedua. Filem ini bagaimanapun turut ditayangkan oleh pengendali pawagam yang lain pada minggu berikutnya.

Kali ini mengisahkan tentang sebuah perhimpunan lanun lanun dari seluruh pelusuk dunia berhimpun di sebuah pulau yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Perkara ini sudah semestinya mengujakan bagi Luffy dan kumpulannya. Ketibaan mereka semua disambut dengan penuh alu aluan oleh pihak penganjur.

Setelah mereka semua berada di pulau tersebut, satu acara telah dimulakan oleh pihak penganjur iaitu acara mencari sebuah harta misteri yang terletak di pulau terapung. Maka dengan itu berbondong – bondonglah seluruh lanun yang berada di situ mencari di keseluruhan pulau itu tanpa mereka ketahui bahawa wujud satu bahaya yang cukup dasyat di pulau tersebut.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut akan kesudahan kisah Luffy dan lanun lanun yang terlibat, anda semua boleh terus ke pawagam terdekat dan menonton filem ini.

BACA:  8 Drama Korea Yang Menarik Untuk Disaksikan Pada September Ini

One Piece Stampede pada kali ini memuatkan begitu banyak watak ke dalam penceritaannya kali ini, kepada mereka yang mungkin ingin mengetahui asal usul setiap watak mungkin perlu untuk mengikuti kembali setiap series animenya yang sebelum ini yang mana telah mencapai ratusan episode. Akan tetapi, walaupun watak yang disediakan pada kali ini agak banyak, namun ia tidak memaksa untuk para penonton memikirkan akan setiap watak tersebut dan para penonton mampu untuk memahami keseluruhan jalan ceritanya pada kali ini kerana jalan cerita yang disediakan ringkas sahaja.

Apabila menonton filem anime, sudah tentunya babak pergaduhan adalah babak yang dinanti – nantikan dalam sesebuah filem dan filem One Piece pada kali ini sudah tentunya tidak akan mengecewakan anda, Bersama – sama dengan pacing yang agak laju, babak pergaduhan daripada sekecil – kecil babak sehingga kepada babak yang mengejutkan seperti tendangan yang dilakukan oleh Boa Hancock sudah semestinya menjadi jamuan mata kepada para penonton.

Kesimpulannya, walaupun ini adalah sebuah filem daripada ratusan siri anime yang lalu, penonton yang tidak mengikuti siri animenya masih lagi mampu untuk menontonnya tanpa rasa bimbang akan pening kepala kerana ketidakfahaman kepada jalan cerita. Cuma audionya sahaja yang mungkin agak bingit bagi sesetengah individu.

BACA:  Drama-Drama Korea Menarik Di Saluran Oh!K (Astro Ch 394)

Rating Kakimuvee: 8.5/10

Tinggalkan Balasan

shares