Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review Slot Asia

Review Filem: Night in Paradise (2020)

Selepas SeoBokkali ini saya mengulas satu lagi filem terbaru Korea yang kini sedang ditayangkan di Netflix. Filem yang dimaksudkan adalah Night in Paradise, sebuah filem noir drama lakonan Uhm Tae-goo, Jeon Yeo-been dan Cha Seung-won. Filem ini telah ditayangkan di Festival Filem Venice 3 September tahun lalu, dan di Korea pada 9 April 2021. Netflix berjaya mendapatkan hak siaran, yang mana kita akhirnya dapat menonton filem ini dilaman penstriman terkemuka itu. 

Night in Paradise berkisarkan Tae-goo, pembunuh upahan yang ditawarkan peluang untuk menukar pihak dengan menyertai gang Bukseong, musuh kepada kumpulannya. Tae-goo bagaimanapun menolak tawaran tersebut yang mengakibatkan adik dan anak saudaranya dibunuh. Sebagai membalas dendam, Tae-goo telah membunuh kejam Ketua Doh dan beberapa anggota Bukseong.

Selepas berjaya membalas dendam, dia melarikan diri ke Pulau Jeju, di mana dia bertemu dengan Jae-yeon, seorang wanita yang menghidapi penyakit yang boleh membawa maut. Sementara itu, salah seorang anggota tertinggi Bukseong, Eksekutif Ma, tanpa bela kasihan telah memburu Tae-goo bagi membalas dendam terhadap perbuatannya yang membunuh Ketua Doh.

Filem ini bergerak dengan sangat perlahan, dari awal penceritaan sehingga penghujung, namun ia tidak bermakna filem ini membosankan. Diawal filem kita sudah disajikan dengan permulaan konflik antara Tae-goo dan kumpulan Bukseong. Keengganan Tae-goo menyertai Bukseong disusuli dengan satu kes pembunuhan terancang yang melibatkan ahli keluarga. Kita dapat melihat amarah senyap Tae-goo yang mensyaki kumpulan Bukseong adalah dalang kepada pembunuhan tersebut. 

Nada ‘second act’ sedikit berubah dan lebih menjurus kepada drama dan hubungan antara Tae-goo dan Jae-yeon. Protagonis itu perlu berada di Pulau Jeju sebelum melarikan di ke Rusia. Semasa di Pulau Jeju, dia tinggal bersama Kuto dan anak saudaranya, Jae-yeon. Bagi kurang gemar dengan filem bergerak perlahan, mungkin anda merasa bosan dengan ‘second act’ filem ini. Bagi saya, second act filem ini banyak mengembangkan hubungan antara Tae-goo dan Jae-yeon. 

Walaupun hubungan mereka bukanlah menjurus kearah percintaan, ia tetap mencipta satu hubungan yang kuat dan mengukuhkan lagi jalan cerita filem ini, terutamanya pada 10 minit terakhir. Kudos pada Tae-goo Eom dan Yeo-bin Jeon kerana gandingan mantap mereka berjaya memberi kesan pada penceritaan Night in Paradise. 

Sebagai sebuah filem yang bertemakan jenayah dan gangsterisme, filem ini turut memasukan adegan-adegan gangster yang cukup mendebarkan. Walaupun terdapat babak yang sekadar menunjukan perbincangan antara kumpulan-kumpulan gangster yang bertelagah dan polis korup, ia sudah cukup menimbulkan ketegangan. Bahagian ketiga filem ini boleh dikatakan sangat menarik dan mendebarkan. 

‘Third act’ filem ini memaparkan adegan-adegan yang cukup mendebarkan, dari aksi kejar mengejar hinggalah bertumbuk. Kita mungkin menyangka babak klimaks filem ini akan mirip seperti John Wick atau The Equalizer, yang mana Tae-goo akan membelasah semua anggota Bukseong termasuk ketuanya, tetapi ‘twist’ berlaku dan membuatkan anda rasa betul-betul tidak berpuas hati dengan filem ini. Mujur 10 minit terakhir, ketidakpuasan hati itu bertukar menjadi sangat puas hati.

Secara  keseluruhannya, Night in Paradise adalah filem noir drama yang cukup bagus dan berkualiti walaupun anda disajikan dengan tempo filem yang sangat perlahan. Jika anda meminati filem-filem jenayah/gangsterisme dan lebih mementingkan jalan cerita, lakonan dan tidak kisah dengan adegan aksi yang sedikit, saya cadangkan anda menonton filem ini. Saya yakin anda akan berpuas hati dengan filem Night in Paradise.

Rating Kakimuvee

4/5

Night in Paradise boleh distrim di Netflix

Related posts

5 THINGS WE CAN LOOK FORWARD TO IN HOSPITAL PLAYLIST S2

Zulaikha

“Bossam: Steal The Fate” Cipta Rekod Untuk MBN, “Love (Ft. Marriage And Divorce) 2” Memulakan Episod Pertama Dengan Rating Rendah

Zulaikha

“Sell Your Haunted House” & “Law School” Berakhir Dengan Rating Kukuh

Zulaikha

Park Ju Hyun, Kim Yeo Jin, Kim Do Yoon, & Jung Woong Bintangi Filem Aksi Bertajuk “Drive”

Zulaikha

“The Penthouse 3”, Park Bo Young No. 1 Dalam Senarai Mingguan Drama & Pelakon Paling Popular

Zulaikha

Review: The Dark And The Wicked (2020)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment

Add your own review

Rating