Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem Netflix: The Old Guard (2020)

Walaupun usianya sudah menjangkau 40an, aktres Charlize Theron masih lagi hebat dalam filem-filem aksi. Terbaru, filem Netflix The Old Guard sekali lagi membuktikan betapa ‘badass’ – nya Theron dalam filem-filem aksi selepas Mad Max: Fury Road dan Atomic Blonde. 

Filem yang dilancarkan 10 Julai yang lalu berkisar tentang sekumpulan askar upahan yang memiliki abiliti luarbiasa yang tiada pada manusia lain. Mereka ini seperti Wolverine dalam komik X-Men, tidak mati dan mampu kembali pulih meskipun mereka mengalami kecederaan yang dasyat.

Diketuai oleh Andy (Charlize Theron), mereka ini telah terlibat dalam peperangan sejak berabad-abad yang lalu. Walaupun memiliki abiliti luarbiasa, mereka menggunakan kelebihan itu untuk menjaga umat manusia. Bagaimanapun, kelebihan mereka dihidu oleh sebuah organisasi antarabangsa yang mahu menggunakan kelebihan mereka itu untuk tujuan jahat. Bagi menghalang niat jahat organisasi tersebut, mereka menyembunyikan diri, dan dalam masa yang sama mencari seorang wanita muda yang memiliki kehebihan seperti mereka.

The Old Guard boleh dikatakan sebuah filem yang tidak seimbang, memiliki adegan-adegan aksi yang ganas, tetapi sayang penceritaan terlampau membosankan, terutamanya pada pertengahan cerita. Filem ini memberi ‘first act’ yang sangat menarik kerana ia terus memberikan adegan aksi kepada penonton dan kejutan mengenai karakteristik watak-watak proantagonis.

Tetapi malang, ‘act’ kedua The Old Guard menyebabkan filem ini terhumban jatuh ke tanah walaupun cuba penonton disajikan ‘final fight’ yang mendebarkan. Penulisan ‘act’ kedua tersangatlah malas dengan dialog-dialog yang cringe, twist yang tidak menjadi, ‘flashback’ yang langsung tak membantu pengembangan watak-watak baik. Paling teruk, unsur-unsur LGBTQ dimasukkan dalam filem ini demi mendapatkan sokongan golongan songsang.

Tidak dinafikan Charlize Theron merupakan antara aktres hebat di Hollywood, tetapi mengharapkan dia semata-mata, hanya memberi beban. Theron berjaya membawa wataknya dengan cukup mantap sekali, tetapi pelakon lain gagal mengimbangi kualiti lakonan bintang Atomic Blonde itu. Bintang Doctor Strange, Chiwetel Ejiofor cuba memberikan yang terbaik, tetapi wataknya sebagai bekas ejen CIA, James Copley tidak konsisten dan gagal memberi ‘twist’. The Old Guard memaparan watak wanita yang ‘badass’, tetapi antagonisnya pula sangat lembik dan terlampau mudah untuk ditewaskan.

Secara keseluruhannya, The Old Guard adalah sebuah filem aksi yang akan dilupakan buat selama-lamanya. Penulisan lakonlayar yang teruk serta watak-watak yang tidak menjadi dan lemah menjadi faktor kegagalan  mutlak filem ini.

RATING KAKIMUVEE: 4/10

Tonton The Old Guard disini!

Related posts

Review Filem: The Call (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Mosul (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Mulut Masin (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Vanguard (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Bu, Kasih Suci (2019)

Ahmad Fariszuan

Review: Bikin Filem (2020)

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating