Review Filem Netflix: Shaft (2019)

277
views

Bagi yang meminat siri filem Shaft terutamanya pelakon Samuel L. Jackson pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton filem kelima francais Shaft. Jika filem-filem sebelum ini lebih kepada aksi jenayah dan thriller, ‘installment’ kali ini lebih kepada komedi aksi.

Shaft merupakan sekuel kepada filem remake / sekuel, Shaft yang diterbitkan pada tahun 2000. Filem ini diarahkan oleh Tim Story dan masih mengekalkan Samuel L. Jackson sebagai watak utama Shaft dan dibantu aktor Jessie Usher, Regina Hall, Alexandra Shipp dan Richard Roundtree.

Berbeza dengan filem-filem sebelum ini dimana Shaft (Samuel L. Jackson) bergerak sendirian, filem kali ini dia dibantu oleh anaknya, ‘JJ’ Shaft Jr. (Jessie Usher).

Filem ini dimulakan dengan berlatarbelakangkan penghujung era 80an yang menyaksikan Shaft diserang sekumpulan gangster. Demi menjamin keselamatan keluarganya terutama anak lelakinya, Shaft terpaksa melepaskan mereka. Selepas 25 tahun, JJ menjadi pemuda yang berbeza dari ayah dan menjadi juruanalisis FBI, terima atas didikan sempurna ibunya, Maya (Regina Hall).

Suatu hari, JJ menerima berita dari ibunya mengenai kematian Karim (Avan Jogia). Curiga dengan kematian sahabatnya itu, JJ mula menyiasat punca sebenar kematian Karim. Siasatannya itu membawanya ke sebuah tempat yang penuh dengan kejadian jenayah. Disana, dia mengalami kesukaran untuk mendapat maklumat dan diugut agar tidak berada dikawasan itu lagi.

Demi mencari kebenaran, JJ telah meminta bantuan ayahnya, Shaft yang merupakan penyiasat persendirian. Disitulah bermula siasatan yang membawa mereka membongkar kegiatan pengedaran dadah yang menyebabkan kematian Karim.

Filem kali menampilkan jalan cerita yang ringan dan penuh dengan adegan komedi yang melibatkan hubungan ayah dan anak. Peminat siri ini mungkin merasa sedikit kecewa dengan perubahan suasana filem yang lebih kearah aksi komedi, namun tidak keterlaluan untuk saya katakan filem kelima Shaft ini agak kelakar dan menghiburkan.

‘First’ dan ‘second act’ filem ini agak bagus, plot-plot yang melibatkan jenayah, aksi dan komedi diolah dengan seimbang dan tidak membosankan. Komedinya boleh dikatakan agak kasar, seksisme, provokatif dalam sosiopolitikal dan penuh sindiran terutamanya kepada golongan songsang dan perkauman.

Bahagian ketiga filem ini agak kurang memberangsangkan dan mula mendatar. Adegan aksi dan tembak-menembak diantara keluarga Shaft dan kumpulan gangster semasa dibabak kemuncak agak lemah dan tidak mendebarkan. Tambahan pula, selingan komedi dalam babak kemuncak ini ibarat seperti tidak kena pada tempatnya.

Bagaimanapun dari segi lakonan, saya suka dengan ‘chemistry’ yang ditunjukkan Samuel L. Jackson dan Jessie Usher. Mereka berjaya mewujudkan hubungan bapa dan anak dengan konflik yang tidak begitu berat dan merumitkan. Sekadar menggunakan ayat-ayat sindiran yang penuh dengan carutan, seiring dengan jalan ceritanya yang ringan. Watak penjahat dalam filem ini agak lemah dan mengecewakan. Watak sebeginilah yang merosakan filem.

Secara keseluruhannya, filem terbaru Shaft ini boleh dikatakan menghiburkan terutamanya bila melihat Samuel L. Jackson yang terkenal dengan carutannya. Cuma filem ini mungkin merosakkan sedikit nostalgia anda selepas melihat filem terbaru ini ‘dikomedikan’. Mungkin pendekatan baru yang dibuat pengarah memadangkan mereka memperkenalkan keluarga Shaft pada penghujung filem. Sedikit peringatan, filem ini tidak sesuai untuk ditonton bersama-sama golongan bawah umur kerana ia mengandungi adegan-adegan yang tidak sepatutnya.

Rating kakimuvee: 6.5/10

*Shaft boleh ditonton di platform streaming Netflix*

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here