Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem Netflix: Project Power (2020)


Satu pil ‘ajaib’ jika diberikan kepada orang baik pasti akan membawa keamanan, tetapi jika beribu pil tersebut diberikan kepada penjenayah, ia akan membawa kekacauan yang sangat menakutkan. Itulah yang cuba dipaparkan dalam filem terbaru Netlfix berjudul Project Power. 

Dibintangi dua pelakon hebat Jamie Foxx  dan Joseph Gordon-Levit, Project Power menceritakan tentang dua lelaki iaitu Art (Foxx), bekas anggota tentera dan Frank Shaver (Grodon-Levit) seorang anggota polis, yang mana mereka berdua perlu bekerjasama dalam usaha menjejaki dalang disebalik penyebaran pil misteri di sekitar bandaraya New Orleans. Pil tersebut mampu memberikan kuasa luarbiasa kepada penggunanya sehingga menyebabkan peningkatan mendadak kes-kes jenayah.

Project Power merupakan satu lagi contoh klise filem-filem aksi. Dua watak proantagonis yang cuba menewaskan kartel dadah atau sindiket jahat sudah banyak dipaparkan dilayar perak, terutamanya filem yang bertemakan ‘buddy-cop’.  Mujur elemen superhero (yang merupakan teras penceritaan) menjadikan Project Power sedikit berbeza dengan filem yang lain.

Meskipun Project Power memberikan jalan cerita yang klise kepada penonton, adegan aksinya masih boleh dipuji.  Filem ini tidak berlebihan dalam memaparkan kuasa luarbiasa, sebalik adegan pertarungan, kejar mengejar dan tembak-menembak dibuat secara seimbang, sesuai dengan jalan cerita filem ini. Namun begitu, apa yang dijangkakan hebat pada klimaks filem ini nyata jauh meleset sama sekali. Sebagai sebuah filem yang memiliki elemen superhero, third act’ Project Power sepatutnya sarat dengan aksi dan debaran. Tetapi apa yang diberikan kepada penonton, agak mengecewakan, ‘final fight’ yang lemah, plot yang klise dan solusi yang sangat tergesa-gesa. 

Jamie Foxx dan Joseph Gordon-Levit boleh dikatakan penyelamat filem ini, walaupun ini bukanlah lakonan terbaik mereka. Foxx dan Gordon-Levit berjaya memainkan peranan proantagonis yang ‘badass’, cuma mereka sedikit kurang dari segi chemistry kerana bertemu lewat dipertengahan cerita. Watak remaja bernama Robin (Dominique Fishback) sekadar peneman watak utama. Peranannya nampak seperti membantu membina cerita, tetapi sumbangan amat sedikit dan jika wataknya tiada, ia tidak meninggalkan kesan besar pada keseluruhan plot. 


Secara keseluruhannya, Project Power adalah sebuah filem aksi superhero yang sangat klise dengan lakonan dari aktor hebat. Walaupun memberikan jalan cerita yang mudah dijangka, penonton tetap terhibur dengan adegan-adegan aksinya yang menarik serta mendebarkan.

RATING KAKIMUVEE: 6.5/10

 


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee