Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem Netflix: 6 Underground

AMARAN MINOR SPOILER!!!

Nama Michael Bay sememangnya tidak asing lagi dikalangan peminat-peminat filem terutamanya yang mengemari hasil kerja Bay yang terkenal dengan aksi-aksi letupan. Meskipun filem terakhirnya Transformers: The Last Knight tidak mendapat maklumbalas positif dari para pengkritik dan peminat, ia masih lagi mengekalkan statusnya sebagai pengarah filem ‘blockbuster’, berdasarkan kejayaan komersial filem arahannya itu.

Selepas dua tahun menyepi, Michael Bay kembali dengan sebuah lagi filem aksi berbudget besar berjudul 6 Underground yang disiarkan diplatform penstriman video Netflix. Lebih menarik, karya terbaru Michael Bay ini dihasilkan dengan bekerjasama trio Deadpool iaitu Ryan Reynolds yang memainkan peranan utama sebagai One, serta Rhett Reese dan Paul Wernick yang bertindak selaku penulis untuk filem ini.

6 Underground berkisarkan tentang seorang jutawan yang memalsukan kematiannya untuk membentuk skuad pembunuh tanpa nama dalam menjalankan misi memburu serta membunuh penjenayah dan pengganas antarabangsa yang diambil tindakan oleh pihak kerajaan. Dikenali dengan hanya samaran sebagai One, dia mula merekrut beberapa anggota yang memiliki skill dan pengentahuan tertentu.

Seperti jutawan tersebut, kesemua anggota skuad pembunuh itu perlu memalsukan kematian dan melupakan segala kisah lampau mereka. Misi pertama mereka adalah memburu dan membunuh semua individu yang terlibat dengan ketua regim Turgistan yang ganas iaitu Rovach Alimov dan membantu adik kepada diktator tersebut, Murat Alimov untuk merampas kuasa dan membentuk kerajaan baru.

Walaupun 6 Underground memberikan adegan aksi dan letupan yang cukup memukau, ia masih tidak dapat lari dari tipikal filem-filem Michael Bay. Plot filem ini sangat mendatar sehingga menyebabkan kebosanan yang agak melampau. Ia mengingatkan saya kepada beberapa filem-filem Transformers arahannya yang sangat gagal dari segi penceritaan dan membosankan. Selain itu juga, selingan beberapa babak ‘flashback’ sepanjang perjalanan cerita telah membuatkan filem ini sangat berserabut.

Kehadiran Ryan Reynolds dalam filem ini gagal membantu dalam menjadikan 6 Underground lebih menarik. Walaupun Reynold turut disertai rakan-rakannya dari filem Deadpool, dia seolah-olah tersangkut diantara kreativiti lakonannya dan visi Michael Bay. Saya tidak pasti sama ada di mencuba sesuatu yang baru, tetapi lakonannya jelas agak janggal. Hanya Mélanie Laurent dan Corey Hawkins sahaja yang agak menyerlah, manakala yang lain agak biasa-biasa sahaja.

Namun begitu, adegan aksi dan sinematografi 6 Underground banyak membantu dalam menutup kelemahan plot dan lakonan para aktor. Walaupun terdapat beberapa adegan aksi yang tak masuk akal dan mirip seperti Transformers, ia masih boleh dianggap menarik dan memuaskan. Seperti yang saya nyatakan diatas, filem tipikal Bay ini memberikan gambar-gambar serta sudut sinematografi yang cukup cantik dan memukau. Begitu juga dengan runut bunyi dan lagu-lagu latar yang menarik dan sedap didengar. Dari aspek teknikal dan aksi, ia berjaya mengelakan mata saya dari terus mengantuk.

Secara keseluruhannya, 6 Underground adalah sebuah filem aksi yang menarik tetapi tidak akan diingati. Jika plot filem dibuat secara ringkas, tidak meleret tetapi ‘intense’ seperti filem Pain & Gain atau 13 Hours, pasti ia lebih menarik.

RATING KAKIMUVEE: 5.5/10

Related posts

Review Filem: The White Tiger (2021)

Kakimuvee

Review Filem: 10 Tips Tipu Bini (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Time To Hunt (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Devil (2010)

Kakimuvee

Video Review: The Rescue (2020)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Pawn (2020)

Kakimuvee