Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review Slot Asia

Review Filem: Ne Zha 2019

AMARAN SPOILER!!!

Sebuah filem animasi yang berjudul Nezha telah mula menemui penonton di Malaysia bermula 26 September 2019 yang lalu dan filem ini telah diadaptasikan daripada lagenda masyarakat Cina dahulu kala.

Pada suatu masa yang lalu, telah wujud satu entiti yang telah menelan kuasa langit dan bumi dengan begitu dasyat. Kemudian, dua dewa telah ditugaskan untuk mengunci entiti tersebut dan sebuah pertarungan telah berlangsung serta entiti tersebut telah berjaya dikunci dan diletakkan sumpahan dari Syurga iaitu selepas tiga tahun daripada detik kelahiran semula, nyawa mereka akan diambil oleh kilat.

Pelbagai pekara telah mengambil tempat sepanjang tiga tahun tersebut dan mereka akhirnya telah sampai ke suatu masa untuk nyawa mereka diambil oleh kilat sepertimana sumpahan yang telah dikenakan ke atas mereka. Walaubagaimana pun, dewa yang telah mengunci mereka pada suatu ketika dahulu telah melakukan satu perkara bagi mengelakkan sumpahan itu daripada terus terjadi. Berjayakah dewa tadi? Jawapan kepada persoalan ini anda boleh carinya di pawagam yang terdekat sekarang juga.

Filem animasi Nezha pada kali ini dilihat cukup berbeza daripada beberapa animasi daripada China kerana grafik yang disajikan cukup hebat dan ditambah dengan beberapa perkara lain seperti beberapa bapak yang cukup hebat dan memukau setiap mata yang memandang.

Jalan ceritanya juga “straight to the point” tanpa twist yang terlalu hebat menjadikannya sebuah filem yang sesuai untuk ditonton oleh seluruh lapisan masyarakat. Penataan bunyinya walaubagaimanapun terdapat sedikit “flaw” kerana ada beberapa bunyi yang dilihat terlalu ‘mentah’ untuk beberapa babak akan tetapi, perkara tersebut tidaklah terlalu dominan dan masih lagi tidak mengacau “mood” penonton sendiri menonton filem ini.

Permainan emosi yang disediakan juga agak hebat dan sudah tentu mampu untuk menitiskan airmata penontonnya sendiri ditambah lagi emosi tersebut disentuh dengan perkara yang telah biasa kita lalui iaitu emosi dari segi kekeluargaan, persahabatan serta emosi dari sudut kasih sayang ibubapa kepada seorang anaknya.

Kesimpulannya, ini adalah sebuah filem animasi yang sangat berbaloi untuk ditonton oleh seisi keluarga dan pastinya tidak akan membosankan anda.

Rating Kakimuvee : 9/10

Related posts

tvN Dedah Poster Misteri “Hometown” Yang Menampilkan Yoo Jae Myung, Han Ye Ri, & Um Tae Goo

Zulaikha

“Voice 4” Berakhir Dengan Rating Tinggi, “The Devil Judge” Rampas Kembali Kedudukan No. 1

Zulaikha

Rating “Voice 4” Meningkat Menjelang Episod Terakhir

Zulaikha

K-Drama Terbaru “The Great Shaman Ga Doo Shim” Kini Boleh Di Strim Di iQiyi

Kakimuvee

Penampilan Kim Min-gwi Dalam Drama ‘Nevertheless’ Disunting Susulan Skandal Curang

Zulaikha

“The Penthouse 3” Tambah Dua Lagi Episod, Pratonton Episod Akan Datang

Zulaikha

Leave a Comment