Review

Review Filem: Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (2020)

Views

Amaran Spoiler

Ditayangkan di Astro Go dan juga Astro On Demand, pada waktu sekarang ini sudah tentunya merupakan langkah yang yang bijak kerana semua pawagam di seluruh negara kini dilanjutkan penutupannya sehingga 31 Mei 2020 gara gara penularan wabak Covid – 19 yang sedang melanda negara kita.

Baiklah, bukan soal virus yang ingin kita debatkan, namun review ini adalah berkenaan dengan sebuah filem dari Indonesia yang bertajuk Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini. Mula ditayangkan pada 2 Januari 2020 di Indonesia dan memasuki Malaysia pada akhir April melalui platform Astro Go dan Astro On Demand. Sebuah filem kekeluargaan arahan Angga Dwimas Sasongko dan menampilkan pelakon Rio Dewanta, Sheila Dara Aisha, Rachel Amanda, Sinyo Riza serta ramai lagi.

Mengisahkan tentang perjalanan hidup sebuah keluarga yang bermula daripada kelahiran anak bongsu kepada sepasang suami isteri yang diberi nama Awan. Awan mempunyai seorang kakak bernama Aurora dan seorang abang bernama Angkasa. Nama yang cukup elok susunan dan perkaitannya. Awan selaku anak bongsu dalam keluarga sering dijaga oleh bapanya sehinggakan dia merasa terkongkong kerana pilihannya sering dipengaruhi oleh ahli keluarganya yang lain terutama bapanya. Angkasa pula seorang anak sulong yang terlalu dibebani dengan masalah keluarganya dan perihal dua adiknya itu sering diletakkan di atas bahunya sehinggakan mengganggu perjalanan hidupnya sendiri.

BACA:  Video Review: Filem Jailbreak (2017)

Aurora sepertimana namanya, begitulah wujudnya. Sebuah fenomena alam yang jarang jarang berlaku namun begitu cantik seolah – olah seni ukiran pada langit. Perwatakkan Aurora yang sukakan seni dalam filem ini begitu kena dengan namanya namun pada hakikatnya, beliau adalah seorang anak yang begitu banyak memendam rasa terhadap perlakuan ahli keluarganya.

Berperang dengan emosi sendiri bukan suatu benda yang mudah bahkan ia sangat menyakitkan. Filem ini pada dasarnya merupakan sebuah filem yang cukup mudah pada idea asalnya iaitu berkonsepkan drama kekeluargaan namun filem ini mempunyai satu cara penyampaian cerita dan kisah yang cukup utuh. “Setiap Keluarga Ada Rahsia” merupakan slogan filem ini dan hal ini berjaya membuatkan para penonton berasa lebih dekat dengan kisah yang ingin disampaikan.

Tidak cukup dengan konflik dalaman yang dimainkan, setiap watak dalam filem ini mempunyai konflik peribadi mereka yang tersendiri. Sama ada dari konflik perhubungan hinggalah kepada konflik emosi masing masing.

Filem Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini ini juga memberikan kepuasan visual kepada setiap penonton kerana berjaya menampilkan visual yang bagus dan sinematografi yang memuaskan. Mungkin tidak sebagus filem filem Indonesia yang lain namun ia cukup memberi kita satu pemandangan yang menyenangkan.

BACA:  Video Review: Haunted Hotel (2017)

Filem ini juga pada dasarnya mengajar kita untuk cuba hadapi setiap masalah kita kerana lari daripadanya tidak akan membuahkan apa apa hasil malah mungkin akan membuatkan keadaan bertambah teruk.

Hidup ini juga terkadang tidak seindah yang kita mahukan. Walau realitinya menyakitkan. Setiap yang dilalui, percayalah. Ia adalah yang terbaik buat kita.

Rating Kakimuvee : 8/10

Tinggalkan Balasan

shares