Review Filem : Nakee 2 (2019) *AMARAN SPOILER*
Filem bercorakkan mitos masyarakat setempat ini telah mula dikeluarkan pada 2018 dan ditayangkan di Malaysia bermula 18 Julai 2019 yang lalu dengan menggunakan cinta sebagai alat untuk membantu perkembangan plot.
Mengisahkan tentang masyarakat setempat yang memuja Dewi Nakee yang merupakan Dewi yang merupa sebagai seekor Naga. Selain penduduk tempatan, orang luar juga turut berkunjung ke kuil tersebut untuk berdoa kepada Dewi Nakee supaya urusan mereka dipermudah lebih lebih lagi dalam soal cinta. Sesungguhnya Dewi Nakwee adalah dewi yang menjadi simbol cinta dalam kawasan tersebut.
Dalam beberapa ketika, terdapat seorang inspektor yang mungkin ditugaskan di balai polis kawasan tersebut bagi menyiasat beberapa perkara aneh dan tragedi pembunuhan yang berlaku yang mana masyarakat percaya bahawa peristiwa tersebut berlaku akibat daripada kemarahan Dewi Nakee.
Penulis mengatakan “berkemungkinan” kerana gambar dan nama inspektor tersebut telah lama diletakkan di carta organisasi balai kampung tersebut dan perkara itu tidak akan berlaku kepada mana mana pegawai yang baru.
Di samping itu, terdapat seorang wanita yang bertugas sebagai penjaga kawasan kuil itu bagi memastikan kawasan kuil yang terletaknya patung Dewi Nakee itu sentiasa dalam keadaan terjaga dan oleh kerana wanita tersebut lahir pada tarikh yang sama berlakunya Gerhana Matahari, dia telah dituduh sebagai jelmaan Nakee dan bertanggungjawab ke atas segala perkara aneh dan pembunuhan yang berlaku.
Filem yang berkonsepkan “mythical love” ini mungkin berjaya menarik minat sesetengah masyarakat yang menontonnya. Pembinaan cerita ini sendiri dimulakan dengan mengungkap kisah silam kaum Nakee itu sendiri dan golongan Garudas yang mana pada suatu ketika dahulu mereka adalah lawan yang tidak pernah berdamai.
Beberapa unsur lawak juga diterapkan oleh pihak produksi bagi menghilangkan rasa bosan kepada penonton terhadap jalan plot cerita yang dilihat sedikit berulang.
Selain itu, satu perkara yang mampu menarik minat penulis sewaktu menonton filem ini adalah teknik CGI yang digunakan sangat bagus dan mampu membuatkan naga yanh ada dalam filem ini hidup dan tidak kekartunan. 8/10 untuk CGInya!!
Sekian.
Rating Kakimuvee : 6.5/10