Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: My Best Friend’s Breakfast (2022)

(AMARAN SPOILER)

Sebuah filem yang diinspirasikan dari sebuah hantaran di media sosial Taiwan yang pernah menjadi tular pada suatu ketika dahulu atau lebih tepat lagi dalam tahun 2015 di platform Dcard. Kisah yang tular ini adalah sebuah kisah rekaan semata mata dan kini berjaya diadaptasikan di layar gergasi dan menemui para penonton di pawagam terpilih seluruh Malaysia.


Mengisahkan tentang perjalanan hidup seorang remaja wanita yang sangat gemar akan makanan dan dalam pada masa yang sama turut berperang dengan diri sendiri akan apa akan terjadi pada dirinya sendiri untuk 15 tahun akan datang.

Dikelilingi rakan sebahaya yang mempunyai pelbagai telatah dan perangai, watak remaja itu tadi hanya mengendahkan dirinya sendiri dan juga makanan yang dimakannya saban hari.

Kebetulan pula rakannya mempunyai peminat misteri dan menghantar sarapan setiap hari. Beliau dengan senang hatinya menghabiskan sarapan tersebut hampir setiap pagi selama setahun kerana rakannya yang menerima sarapan itu tidak mahu menjamahnya langsung.

Sebuah filem yang mengenengahkan konsep percintaan di alam remaja ini agak menangkap perasaan untuk ditonton lebih lebih lagi sekiranyan para penonton juga pernah terpalit cinta di zaman sekolah menengah atau zaman universiti.

Filem pada kali ini juga mempunyai beberapa untaian kisah dan cerita lain yang dilihat menjadi hiasan yang bagus kepada kisah utama yang dicetuskan oleh pihak produksi.

Konflik rumahtangga ibubapa kepada watak utama serta kisah cinta lampau watak sampingan memberi pelbagai rasa dan maksud terpulang kepada penonton sendiri bagaimana untuk mentafsirkannya dan perkara ini secara tidak langsung menambah rasa kepada perjalanan watak utama dan juga perkembangan setiap watak yang ada dalam filem ini.

Konsep filem ini mungkin tipikal iaitu kisah cinta para remaja, namun dengan olahan dan perjalanan yang berhati hati disampaikan oleh pihak produksi, filem ini secara keseluruhannya mampu membuatkan para penonton terbuai buai dan kadangkala lapar dengan banyak babak menjamu selera oleh watak utama yang sangat menggemari makanan.

Ia juga sesuai untuk ditonton seisi keluarga di waktu lapang sekiranya menginginkan bahan tontonan yang kurang padat dan ringan.

Rating Kakimuvee

4/5

Related posts

Review Filem: KKN di Desa Penari (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Doctor Strange in the Multiverse of Madness (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore (2022)

Kakimuvee

Review Filem: Turning Red (2022)

Kakimuvee

Review Filem: The Bombardment (2021)

Kakimuvee

Review Filem: The Adam Project (2022)

Kakimuvee

Leave a Comment