Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review Slot Tempatan

Review Filem: Mulut Masin (2020)

Selepas menghasilkan filem hit Pusaka, Razaisyam Rasyid kembali menghasilkan karya terbarunya berjudul Mulut Masin, sebuah filem komedi seram yang unik kerana menampilkan pelakon kanak-kanak sebagai watak utama. 

Mulut Masin menceritakan kisah lima orang sepupu yang merasakan diri mereka disumpah dengan sumpahan arwah nenek mereka. Semua berpunca kerana mereka telah menghilangkan surat wasiat nenek mereka. Bagi membatalkan sumpahan tersebut dan mengelakkan keluarga mereka berpecah-belah, mereka perlu mencari semula wasiat tersebut. Usaha mereka bagaimanapun diperhatikan dan pelbagai insiden lucu telah berlaku kepada mereka.  

Filem ini memberikan nilai kekeluargaan yang cukup tinggi serta menyelitkan unsur-unsur kemelayuan seperti penggunaan bahasa jawi, dan pantun. Kita dapat lihat hubungan diantara nenek dan cucu serta saudara-mara, yang mana ia sangat penting dalam budaya masyarakat melayu. Perebutan harta hanya memutuskan tali persaudaraan, dan bagaimana lima sepupu dalam filem ini berusaha mengelakkan perpecahan pasti mengundang emosi kepada penonton. 

Namun, disebalik paparan moral, penceritaan Mulut Masin sedikit longgar dan mendatar. Plot utama filem ini memaparkan penggembaraan mereka mencari wasiat nenek, tetapi disebabkan durasi filem yang pendek, ia menjadi kurang menarik, kurang seram dan agak tergesa-gesa.

Saya tidak kata plot teruk, tetapi kurang puas dan memberi keterujaan. Adegan komedinya ada yang mengelikan hati dan ada yang … kurang kelakar. Paling saya kurang gemari adalah penggunaan loghat utara dalam dialognya, kedengaran agak janggal. 

Saya puji Razaisyam Rasyid kerana mengetengahkan pelakon kanak-kanak sebagai watak utama dalam cerita ini. Walaupun karakter watak utama tidak begitu berkembang, lakonan mereka harus dipuji, tidak kekok beraksi dihadapan kamera dan berbakat. Jika diasah dengan betul, mereka mungkin berjaya dalam bidang lakonan. 

Walaupun lemah dari segi penceritaan, Mulut Masin memberikan nilai moral yang kepada penonton, terutamanya kepada kanak-kanak. Ia menunjukan betapa pentingnya hubungan silaturahim diantara keluarga serta saudara-mara. Selain itu juga, prestasi pelakon kanak-kanak dalam filem ini menjadi sebab kenapa anda harus menontonnya. 

Jadi, kepada penonton yang ingin sebuah filem kekeluargaan yang santai dan menghiburkan, Mulut Masih boleh menjadi pilihan anda. Filem ini tidak terlampau teruk dan tidak terlampau bagus, ‘just nice’ untuk ditonton bersama keluarga dirumah. 

Filem ini dibintangi pelakon kanak-kanak / remaja seperti Jay Nazif, As’ad Motawh, Danish Hazriq, Muzayyin Mahyuddin dan Cassia Iman serta pelakon terkenal seperti Farahdhiya, Maria Farida, Lan Pet Pet, Khatijah Tan, Aloy Paradoks, Dee Al-Hadi, Azman Hassan, Bohari Ibrahim dan Amir Ameezan.

Rating Kakimuvee

3/5

Related posts

Projek Sekuel “Ejen Ali The Movie” Telah Bermula!

Kakimuvee

Review Filem: The Call (2020)

Kakimuvee

Review Filem: Mosul (2020)

Kakimuvee

Viu Dedah Poster Pertama “Keluarga Baha Don” Musim Kedua

Kakimuvee

Sharnaaz Ahmad Kembali Ke VIU Dalam Siri Komedi Terbaru “Isteri Misteri”

Kakimuvee

Rating “Miimaland” Di IMDb Hampir Menyamai “Avengers: Endgame”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating