Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Mosul (2020)

Selepas memberi kejayaan besar kepada Netflix menerusi filem aksi Extraction, Russo Brothers kembali dengan filem terbaru yang bercorak aksi-ketenteraan berjudul Mosul. 

Tanpa bintang Marvel sebagai watak utama, Mosul mungkin dilihat tidak sebesar Extraction atau sekurang-kurangnya 21 Bridges, namun filem terbaru terbitan mereka ini sebenarnya mampu memberikan sesuatu yang cukup menarik dan unik kepada penonton. 

Mosul merupakan filem perang berbahasa Iraq yang diarah dan ditulis oleh Matthew Michael Carnahan. Filem ini berdasarkan dari artikel New Yorker, The Desperate Battle to Destroy ISIS, yang mana ia menceritakan kisah sebenar bagaimana pasukan elit SWAT Iraq berjuang untuk menawan kembali Mosul dari penguasaan ISIS. 

Kredit pembukaan Mosul memberi pengenalan kepada penonton bahawa sepasukan anggota SWAT Iraq sedang menjalankan misi terakhir mereka, ketika ISIS sedang melarikan diri dari Mosul. Penceritaannya bermula dengan adengan seorang anggota polis Iraq, Kawa (Adam Bessa) bertempur dengan pengganas ISIS. Ketika bertempur, dia dan rakannya diselamatkan oleh pasukan SWAT yang diketuai Major Jasem (Suhail Dabbach).

Kawa kemudiannya direkrut untuk menjadi salah seorang anggota SWAT dan menyertai pasukan itu dalam menjalankan misi gerilla yang cukup merbahaya. Dengan hanya sedikit informasi mengenai misi dan latarbelakang pasukannya, Kawa bersedia untuk hadapi sebarang aksi yang bakal ditempuhinya.

Filem ini unik kerana ianya 100 peratus Iraq. Walaupun dihasilkan oleh produksi Hollywood, tiada naratif ‘orang putih’ ataupun ‘askar Amerika’. Segalanya dari Iraq, baik dari segi cerita, karakter dan bahasa. Penonton melihat sebuah filem terbitan Hollwyood dari kaca mata orang Iraq.

Bagi yang mengharapkan aksi, Mosul memberikan apa yang penonton mahukan. Urutan aksi peperangan di lorong-lorong dan celahan bangunan memberi debaran kepada penonton. Carnahan juga tidak segan-silu untuk mematikan watak-watak utama dalam urutan aksinya. Malah, dalam suasana tenang, penonton masih merasai ketegangannya, menanti aksi yang mungkin dihadapi pasukan SWAT ketika melalui bandar yang telah musnah. 

Disebalik gambaran keganasan dan kemusnahan, mesej anti-perang dan kemanusiaan diselitkan sedikit dalam penceritaannya. Peperangan bukan sahaja memusnahkan harta benda, malah menyebabkan seseorang itu terpisah atau kehilangan orang tersayang.  Terdapat satu babak yang cukup menyedihkan, dimana ia menujukkan si ibu meratapi anaknya selepas ditembak oleh pengganas. Babak yang cukup pendek tetapi meninggalkan kesan. 

Secara keseluruhannya, Mosul adalah sebuah filem aksi-perang yang menarik, dari prespektif orang Iraq. Filem ini bukan sekadar menujukkan keganasan dalam aksinya, malah turut menyelitkan mesej anti-perang, politik, ideologi dan yang paling penting, menyelamatkan keluarga dari cengkaman ISIS. 

Rating Kakimuvee

3.5/5

Mosul kini boleh ditonton dilaman penstriman Netflix

Related posts

Review Filem: Dune (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Dark Spell (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Chinese Doctors (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Frontliner (2021)

Ahmad Fariszuan

Review: Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Malignant (2021)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment