Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Mortuary Collection (2021)

(AMARAN SPOILER)

Sebuah filem seram tahun 2019 dan sekarang ini sedang ditayangkan di pawagam Malaysia. Filem ini bukanlah filem seram yang merupakan sebuah filem seram dengan satu cerita akan tetapi ia adalah sebuah cerita dalam cerita yang mana menggunakan dua watak tunggal sebagai paksi kepada penceritaan yang lain atau kita kenalinya dengan frasa “filem antologi”.

Mengisahkan tentang seorang gadis wanita yang telah menyelinap masuk ke sebuah rumah mayat dan kemudiannya berjumpa dengan pengendali rumah mayat tersebut. Menggunakan alasan untuk mengisi jawatan kosong yang ada di tempat tersebut, gadis ini tadi meminta untuk penjaga rumah tersebut menceritakan beberapa kisah tentang bagaimana dan kenapa mayat mayat di situ mati.

Penjaga rumah itu tadi kemudiannya menceritakan satu persatu kisah yang bermula dengan kisah raksasa di sebalik cermin bilik air, lelaki mengandung dan kisah suami membunuh isteri sendiri. Kisah kisah tersebut ditutup dengan kisah yang diceritakan oleh gadis itu sendiri.

Apa yang menarik berkenaan filem Mortuary Collection ini adalah babak “intro” yang begitu murahan sehingga mengejutkan penonton dan tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa saya sendiri menyangkakan filem ini adalah sebuah filem gred B atau lebih teruk. Akan tetapi sangkaan itu meleret lantas tersembam ke bumi. Filem ini pada dasarnya begitu teliti digarap dari segi jalan cerita dan “detailing”nya. Siapa sangka wujud filem yang mampu memberi kita semua “detailing” yang agak teliti dalam menceritakan persekitaran filem.

Filem ini telah diberikan penarafan 18 tahun ke atas untuk tayang di pawagam akan tetapi masih ada beberapa babak yang dipotong seperti proses kelahiran melibatkan seorang lelaki yang mengandung serta beberapa babak lain yang mungkin tidak begitu sesuai untuk tontonan umum. Namun semua itu bukan salah studio.

Serba sedikit diperhatikan, filem ini mempunyai gaya visual dan kesan khas seperti filem Ready Or Not yang ditayangkan beberapa tahun sudah.

Secara keseluruhannya filem Mortuary Collection ini adalah filem yang cukup bagus untuk disaksikan bagi mereka yang menyukai filem seram dan ganas dengan percikan darah di sana sini serta babak memotong anggota badan di sana sini dan jangan tertipu dengan “intro” yang agak murah kerana isi filem ini sehingga tamat sangat mahal.

Rating Kakimuvee

4/5

Related posts

Review Anime: The Way Of The Househusband (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Review Telefilem: 18 Puasa Di Kampong Pisang

Kakimuvee

Review Filem: Dreamy Eyes (2019)

Kakimuvee

Review Filem: The Promised Neverland (2021)

Hasib Anwar

Review Filem: The Box (2021)

Hasib Anwar