Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Monster Hunter (2020)

Selain “Pokemon Detective Pikachu” dan “Sonic The Hedgehog”, adaptasi permainan video ibarat satu sumpahan kepada studio pengeluar filem. Jika dlihat pada prestasi kutipan tiket atau kritikan, boleh dikatakan banyak filem mengalami kegagalan dan memberi kerugian kepada pengeluar.

Walaupun berhadapan dengan kemungkinan rugi, Constantin Film dengan kerjasama Screen Gems telah menghasilkan filem adaptasi permainan video berjudul “Monster Hunter“. Dengan berbekalkan populariti Milla Jovovich dan permainan video itu sendiri, “Monster Hunter” menjadi antara filem tahun lalu yang sangat dinantikan-nantikan peminat.

Lebih kurang 30 minit pertama penonton disajikan dengan babak aksi, iaitu selepas pasukan khas UN yang dipimpin Natalie Artemis (Milla Jovovich) secara tiba-tiba memasuki ‘New World’ dan bertempur dengan raksasa menakutkan yang digelar Diablos serta labah-labah gergasi, Nerscyllas. Tiada perkembangan cerita pada peringkat awal filem, hanya babak-babak aksi sahaja yang dipaparkan kepada peminat. 

Kerjasama Artemis dan Hunter (Tony Jaa) untuk menewaskan Diablos masih gagal untuk mengembangkan penceritaan. Apa yang dapat penonton lihat adalah persiapan mereka untuk bertempur. Plotnya hanya berkembang apabila watak The Admiral lakonan Ron Perlman, mula memunculkan diri di layar. Watak The Admiral sedikit sebanyak membantu dalam perkembangan cerita. Dia menceritakan latarbelakang New World, dan bagaimana Artemis dapat keluar dari dunia itu. 

Paul W. S. Anderson cuba memuaskan hati peminat “Monster Hunter” dan pengemar genre aksi dengan adegan-adegan menarik dan mendebarkan. Ya, agak kagum dengan aksinya, melihat pahlawan manusia bertempur dengan raksasa jahat, terutamanya ketika pertarungan akhir menentang Rathalos. Cuma, ‘final fight’ menentang Rathalos boleh dikatakan mirip seperti klimaks “Reign of Fire”. 

Dari segi rujukan permainan video, Anderson berjaya membawa dunia “Monster Hunter” ke ‘live-action’. Beberapa raksasa popular telah membuat kemunculan dalam filem ini, begitu juga penggunaan senjata, perisai dan kepakaran khusus karakter dalam golongan Hunter, yang boleh dikatakan menepati ciri-ciri permainan video. Senang ‘Fan service’ Anderson terhadap filem ini boleh dikatakan memuaskan.  

“Monster Hunter” mungkin memberikan adegan aksi dan rujukan pemainan video yang memuaskan, tetapi jika dilihat secara keseluruhannya, filem ini tidak jauh beza dengan filem adaptasi yang lain, gagal dalam menyampaikan cerita. Jika ia diseimbangkan, ada ceritanya, mungkin ia akan jadi berbeza. Apapun, “Monster Hunter” tidaklah teruk, dan tidaklah bagus, tetapi sesuai jika anda seorang peminat adaptasi permainan video dan genre aksi secara amnya. 

Rating Kakimuvee

3/5

Related posts

Review Filem: Cruella (2021)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Mencari Rahmat (2017)

Kakimuvee

Review Filem: Ada Hantu (2021)

Kakimuvee

Review Siri TV: What If…? (2021)

Kakimuvee

Review Filem: The Tomorrow War (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Mat Bond Malaya (2021)

Kakimuvee

Leave a Comment