Review

Review Filem: Miimaland (2020)

Views

Tak tahu bagaimana saya nak memulakan ulasan ini, adakah perlu bermukadimah terlebih dahulu atau terus memaki hamun. Sejujurnya, saya sangat-sangat-sangat kecewa dengan kualiti filem seram terbaru tempatan, Miimaland.

Kita sudah memasuki zaman kereta terbang, tetapi kita masih ada lagi filem yang layak diterbangkan ke tong sampah. Jarang sebenarnya saya nak menyampahkan sesebuah filem apatah lagi filem tempatan, tetapi kali ini saya terpaksa berterus-terang agar anda dapat memahami isi hati yang kecewa ini. 

Miimaland ini bukan sahaja teruk dari segi cerita, malah dialog, lakonan, kesan khas hinggalah ke busana pelakonnya, 'fail' sama sekali. Durasi satu jam tiga puluh minit adalah tempoh yang sangat menyeksakan. Saya terpaksa telan kebodohan dialognya, ke'kayu'an pelakon dan ke'bangang'an jalan ceritanya.

Saya hairan dengan plotnya yang memaparkan karakter keluar masuk ke tempat yang sama. Kenapa tidak fokus pada kisah mereka di kawasan Mimaland? kenapa perlu masuk ke Mimaland, keluar, balik rumah, datang balik, lepas tu keluar lagi, balik rumah dan datang balik ke Mimaland sampailah mereka mampos? Monyet pun tahu, kalau tempat tu berhantu, diorang tidak akan datang balik, tetapi filem ini menunjukkan para watak keluar masuk ke tempat berpuaka - gila punya 'writing.' Jika ceritanya difokuskan pada kisah mereka didalam kawasan Mimaland sahaja tanpa perlu keluar masuk, saya percaya hala-tuju filem ini akan lebih jelas walaupun nampak klise. 

Pekara paling teruk tentang filem ini adalah dialog dan lakonan. Terus terang saya cakap, setiap 'line' yang dituturkan watak sangat cringy, dan ada juga yang kedengaran agak bodoh. Sudahlah dialognya teruk, ditambah pula 'acting' pelakonnya. Apa yang mampu saya cakap, lakonan mereka semua sangat kayu-kayan (maaf kasar bunyinya), bagus lagi Aliff Syukri bawa watak Badang. Fattah Amin betul-betul di'drop'kan ketahap paling bawah. Bagi saya, Miimaland adalah lakonannya yang paling teruk. Watak Sophia Albarakbah sangat statik, sama 'level' dengan Fattah Amin. Pelakon-pelakon lain? malas saya nak ulas, langsung tidak 'memorable' lakonan mereka. Senang cakap, casting director filem ini (jika ada) langsung tak buat kerja.

Banyak lagi yang boleh dikeji seperti pakaian pelakonnya yang langsung tidak kena dengan situasi, babak sampah tarian K-Pop dan elemen-elemen seram / jumpscare yang langsung tidak seram, tetapi saya malas nak mengulas panjang, penat dengan kebodohan filem ini. Jadi apa yang saya boleh bagitau kepada anda, tontonlah filem ini jika hendak lihat betapa teruknya kualiti filem Miimaland, atau mungkin anda boleh skip dan jimatkan duit anda untuk tonton filem yang jauh lebih berkualiti. 

Rating Kakimuvee: 1/10

p/s: malas nak taip panjang-panjang guys.. takde mood  🙁

 

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks