Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Menjelang Magrib (2022)

(AMARAN SPOILER)

Tidak habis lagi kesan seram dan mistik filem KKN Di Desa Penari yang kini masih menari di pawagam seluruh negara, kini tiba lagi satu filem seram dari seberang yang berjudul Menjelang Maghrib atau tajuk alternatifnya “Before Night Fall”. Filem ini dibintangi oleh Annette Edoarda, Novia Bachmid, Jeffry Reksa, dan Fajar Kurniawan. Filem ini diarahkan oleh Helfi Kardit dan diterbitkan oleh Helroad Films dan Silent D Pictures.


Sepertimana konsep yang digunakan oleh filem KKN iaitu melibatkan sekumpulan pelajar kolej, begitu juga filem Menjelang Maghrib ini yang juga menggunakan konsep sekumpulan pelajar kolej yang dalam tugasan kajian mereka dalam mengkaji satu kondisi mental yang dikenali sebagai delirium. 

Delirium adalah satu kondisi mental dimana pengidapnya akan mengalami gangguan mental yang serius serta akan memberi kesan pemikiran dan orientasi pengidapnya. Delirium juga mempunyai pengkelasannya yang tersendiri dan juga penyebabnya yang tersendiri.

Talia, Erlan dan Ahmad merupakan pelajar di sebuah institusi pengajian yang sedang dalam tempoh kajian mereka mengenai penyakit mental yang dialami oleh seseorang dan dalam filem ini orang itu adalah Nina. Nina dikesan menghadapi penyakit ini setelah kehilangan orang yang disayangi dan setelah pihak hospital tidak menemuikan penawar buat Nina, keluarganya telah membawanya pulang ke rumah untuk diubati secara alternatif.

Mengikut kaedah pengubatan yang dicadangkan oleh pengubatnya, Nina harus dipasung di sebuah rumah yang didirikan berlantai tanah serta binaannya harus diperbuat daripada unsur buluh. Perkara itu adalah untuk mententeramkan apa sahaja roh atau entiti luar yang mendiami bersama dalam tubuhnya Nina. Talia bersama dua lagi rakannya mula mengalami peristiwa pelik dan aneh sepanjang mereka berada di kampung itu.

Saya sendiri sejujurnya selaku seorang graduan psikologi hampir merasa terhina dengan penceritaan filem ini. Dimulai dengan penceritaan yang kononnya ingin melalukan kajian berkenaan kondisi mental namun filem ini perlahan lahan menjerumuskan dirinya ke dalam lembah hina dengan pengakhirannya yang boleh dikatakan agak mengarut dan sangat tidak selari dengan apa yang dibina sepanjang filem ini, daripada konsep berkenaan kondisi mental terlibat sehingga planet dan alam semesta.

Kesimpulannya filem ini adalah sebuah filem yang hanya menyajikan “jumpscare” kepada penonton dan begitu teruk dari segi penceritaan dan isinya yang dilihat jauh melencong dari konsep asalnya sendiri.

Boleh ditonton sekiranya anda tidak kisah dari segi kualiti filem dan hanya mementingkan “jumpscare” semasa menonton filem seram. 

Rating Kakimuvee

1/5

Related posts

Review Filem: Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Siri: Star Wars: Bad Batch (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Spilt Gravy on Rice (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Top Gun: Maverick (2022)

Kakimuvee

Review Filem: The Assistant (2022)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Tiga Janda Melawan Dunia (2022)

Ahmad Fariszuan

Leave a Comment