Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Master (2021)

Sudah lama rasanya kita tidak dihidangkan dengan filem filem Tamil dan yang seumpama dengannya di pawagam lebih lebih lagi dengan penutupan pawagam kebelakangan ini. Filem Tamil terakhir yang dapat kami tonton di pawagam adalah Baaghi 3 pada 12 Mac 2020 yang lalu.

Menampilkan superstar Vijay pada kali ini arahan Lokesh Kanagaraj, filem Master menemui penonton di pawagam pada Mac 2021 di Malaysia terutamanya. Mengisahkan tentang kehidupan seorang pensyarah di sebuah kolej yang sangat disanjung oleh para pelajar di kolej tersebut.

Walaupun penampilannya yang agak selekeh dan tidak menggambarkan keperibadian seorang pensyarah akan tetapi beliau tetap berada pada tempat yang tersendiri di hati pelajar sekalian.

Konflik bermula apabila terdapat ketidakpuasan hati dalam kalangan pelajar setelah keputusan pilihan raya kampus yang di pengerusikan oleh pensyarah tadi keluar dan pihak penentang kalah tipis kepada pemenang dengan 60 undi.

Dengan campur tangan pihak luar dengan pengaturan perkara tertentu, pensyarah ini kemudiannya ditempatkan di sebuah tempat yang baharu. Berhadapan dengan masalah disiplin yang cukup hebat dan ancaman luar, pensyarah itu tadi melalui beberapa perkara yang mengubah kehidupannya.

Dengan durasi kurang seminit mencapai 180 minit, filem ini berdurasi 179 minit memaparkan kisah kehidupan pensyarah dari awal hingga akhir.

Akan tetapi, agak mengecewakan kerana para penonton disajikan dengan  penceritaan yang agak tergantung dan dengan pacing yang begitu laju sehingga menimbulkan rasa kekeliruan dan kebosanan semasa menonton filem ini. Plot penceritaan dilihat stabil setelah selesai satu jam filem bersiaran.

Bagi mereka yang mungkin menginginkan aksi pergaduhan yang melampau batas akan menemui kekecewaan dalam pengharapan itu kerana babak aksi dalam filem Master ini hanyalah pada kadar purata sahaja.

Filem ini juga tidak ketinggalan menyajikan babak babak yang dilihat begitu memualkan untuk ditonton.

Kesimpulannya, ternyata dengan penampilan Vijay tidak dapat menjamin akan kualiti sesuatu filem, pelakon mungkin memiliki aura mereka yang tersendiri akan tetapi sekiranyan garapan jalan cerita itu tidak begitu memberangsangkan ia akan turut menjejaskan pengalaman menonton sesebuah filem.

Rating Kakimuvee

3/5

Related posts

Review Anime: The Way Of The Househusband (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Kakimuvee

Review Telefilem: 18 Puasa Di Kampong Pisang

Kakimuvee

Review Filem: Dreamy Eyes (2019)

Kakimuvee

Review Filem: The Promised Neverland (2021)

Hasib Anwar

Review Filem: The Box (2021)

Hasib Anwar