Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Manap Karaoke (2020)


Amaran spoiler!!!

Tidak dinafikan, Mamat Khalid merupakan antara pengarah tempatan yang paling kreatif dan seringkali menghasilkan karya yang segar dan menghiburkan penonton. Saya akui yang saya juga merupakan peminat tegar filem-filem arahannya seperti anda semua.

Namun begitu, saya merasakan ada sesuatu yang ‘kurang’ dalam karya-karya terbaru beliau sesuatu yang saya gelarkan ia sebagai.. ‘jiwa’ barangkali? Rock 4: Rockers Never Dai sudah membuktikan bahawa filem tersebut tiada ‘jiwa’ dan tidak diingati sepertimana tiga filem awal dalam francais Rock. Hantu Kak Limah dan 17 Puasa juga begitu, – terasa kosong. Jadi saya mengharapkan Manap Karaoke dapat mengembalikan sentuhan Mamat Khalid, memandangkan filem ini sudah dirancang sejak 2017 lagi.

Manap Karaoke berkisarkan tentang Manap (Joey Daud) yang mendapat idea untuk memulakan perniagaan karaoke bergerak. Dia bersama sahabat baiknya, Wahab B (Sharwani NS) mula mengumpul modal untuk memulakan perniagaan dan akhirnya berjaya. Namun begitu, kejayaan Manap dicemburui Rauf Bogiba (Pekin Ibrahim) dan bermulalah permusuhan diantara mereka berdua.

Secara jujurnya, Manap Karaoke tersangatlah bosan dan membosankan! Hanya ada satu adegan sahaja yang membuatkan saya terhibur, itupun adegan rakan Manap yang tersepit telur pada kerusi, lain daripada itu agak kusam dan membosankan. Komedi yang cuba disampaikan agak ‘try hard’, kehadiran Ropi sebagai En Kamarulzaman gagal memberi impak humor kepada penonton. Dan, yang paling saya tidak gemar adalah babak yang melibatkan karakter Kak B Vavavom lakonan Ziema Din. Nampak biasa, tetapi ia sebenarnya agak keterlaluan untuk sebuah filem yang ditonton seisi keluarga.


Antara faktor yang menyebabkan Manap Karaoke tersangatlah bosan adalah olahan jalan ceritannya, tiada perkembangan dan ‘dragging’. Pengenalan latarbelakang si Manap dan beberapa karakter lain sahaja sudah menjangkau suku durasi filem. Begitu juga dengan perjalanan cerita Manap dari seorang pemuda yang ‘loser’ sehingga menjadi tokey karaoke bergerak, tidak sehebat dan tidak menghiburkan sepertimana penggembaraan Rimba Bara untuk menjadi kumpulan Rock terkenal tanah air dan Man Laksa yang cuba untuk menjadi pengurus anekaragam Kampung Talang terbaik sekaligus meminang Chah.

Permusuhan diantara Manap dan Rauf juga agak cringe jalan ceritannya. Saya tiada masalah mereka bermusuhan disebabkan seorang gadis, tetapi permusuhan mereka tidak kuat, tidak kelakar dan tidak cukup cerita. Rauf muncul hanya selepas sejam filem berjalan, ini bermakna cerita mereka berdua sangat terhad dan tidak memberi kesan yang mendalam pada keseluruhan cerita. Karakter antagonis dilihat seolah-olah seperti tiada hala tuju dan langsung tidak membantu perkembangan cerita. Saya beranggapan, tanpa watak Rauf, Manap Karaoke masih mampu bergerak sendiri dan, mungkin menjadi lebih menghiburkan kerana tidak perlu diserabutkan dengan permusuhan diantara Manap dan Rauf.

Dari segi teknikal dan production value, bagi saya Manap Karaoke tidak ubah seperti filem-filem Mamat Khalid yang lain. Mungkin itu gaya pengarah, dan bagi saya, beliau masih mengekalkan ‘trademark’nya dengan kostum yang unik, penggunaan kesan khas era 90an dan suasana berlatarbelakangkan kampung. Cuma saya agak terkilan kerana Manap Karaoke tidak berlatarbelakangkan zaman 70an sepertimana yang dicanangkan diawal perancangan filem ini.

Sekali lagi, saya dikecewakan dengan produk terbaru Mamat Khalid. Manap Karaoke sebenarnya mampu menjadi filem yang ‘memorable’ kepada penonton kerana ia memiliki ‘premise’ yang segar-bugar dan berkonsepkan dunia karaoke. Tetapi sayang, Manap Karaoke gagal ‘utilize’ kelebihannya. Penulisan jalan cerita yang malas, karakter yang tidak berkembang dan paling mengecewakan, hiburannya yang ‘kosong’, membuatkan saya tidak sabar untuk habiskan filem ini kerana terseksa dengan tahap kebosanan yang melampau.

RATING KAKIMUVEE: 4/10

Al-fatihah kepada Arwah Rab Khalid (Taiko Tai) dan Arwah Man Kadir (Tok Imam). 


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee