Review Filem: Makmum (2019)

7175
views

AMARAN SPOILER!!!

Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
[Surah Al A’raf ayat 16]

Utsman bin Abi al-‘Ash pernah mengadukan kepada Rasulullah Saw. tentang setan yang menggoda-halanginya ketika salat, dan Rasulullah Saw. pun bersabda:

“Itulah setan yang bernama Khanzab; jika engkau merasakannya, mohonlah perlindungan Allah daripadanya (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم) dan meludah kecillah ke arah kirimu tiga kali. “Aku lalu mengamalkannya;” kata Utsman, “dan Allah pun menghilangkannya dariku.”

(HR Muslim)

Demikianlah berikut dua dalil yang menjadi konsep kepada penceritaan filem yang bakal diulas pada kali ini iaitu filem Makmum iaitu sebuah filem yang diangkat daripada sebuah filem pendek yang merupakan adaptasi daripada kisah benar yang pastinya turut dialami oleh para pembaca sekarang ini.

Filem dibuka dengan memperkenalkan watak yang akan membawa jalan cerita pada kali ini iaitu 3 orang wanita yang merupakan pelajar di sebuah tempat pengajian. Mereka bertiga tidak dibenarkan untuk pulang ke rumah semasa cuti kali ini kerana gred mereka yang tidak baik dan mereka tinggal di asrama tersebut untuk melakukan kerja kerja harian asrama di samping bersedia untuk ujian yang akan datang. Gangguan pertama diperkenalkan kepada para penonton sebagai “warming up”. Gangguan tersebut adalah suara ghaib yang turut mengikut salah seorang watak di dalam filem ini bersembahyang dan hal tersebut sangat menyeramkan sama ada kepada watak di dalam filem juga kepada penonton.

Berlanjutan daripada situasi tersebut, para penonton dibawa terus menerus dengan disajikan pelbagai lagi babak kerasukan yang berlaku sama ada di dalam bilik tidur mahupun di dalam bilik air serta di halaman asrama mereka yang mana turut melibatkan babak ngeri dan pendarahan.

Tidak beberapa lama kemudian, satu kisah silam telah disingkap kembali di mana pada suatu masa dahulu terdapat satu kebakaran yang telah melanda asrama tersebut dan seorang penuntut telah terkorban dalam kebakaran itu. Demi menjaga nama baik sekolah, pihak oengurusan telah mengambil keputusan untuk menanam mayat tersebut dengan hanya mencampakkan dia ke dalam lubang dan menanamnya ketika dia masih lagi bernyawa.

Peristiwa tersebut menjadi satu titik permulaan kepada peristiwa peristiwa aneh yang berlaku di asrama sekolah tersebut.

Bagi mereka yang ingin mengetahui kesudahan filem ini boleh berbuat demikian di pawagam berhampiran sekarang.

Filem Makmum ini sepertimana yang telah diketahui semua, merupakan sebuah filem yang diolah daripada sebuah filem pendek yang merupakan adaptasi daripada kisah benar. Nilai ketakutan yang diberikan dalam filem ini juga turut dibantu dengan pengalaman yang mungkin pernah dilalui oleh sebahagian penonton yang menonton filem ini.

Jumpscare yang disajikan dalam filem ini masih tidak lari jauh daripada landasan tipikal jumpscare filem seram Indonesia. Penggunaan kesan bunyi yang agak bising dan juga moment awkward masih dapat dikesan dalam filem ini dan itu sedikit sebanyak membantu memberi nilai tambah kepada filem ini disamping pengalaman peribadi setiap penonton.

Jalan cerita yang disampaikan pula dilihat straight to the point dan tidak mengandungi wow factor yang mampu memberikan satu anjakan kepada para penonton. Konsep yang digunakan agak original berbanding filem filem seram Indonesia yang lain pada tahun ini, namun “utilization of concept” dilihat agak longgar dalam filem kali ini yang mana dilihat mampu memberikan rasa bosan serba sedikit kepada para penonton.

Namun bagi mereka yang tidak kisah akan perkara perkara teknikal seperti ini dan hanya mahu menonton sebuah filem seram yang mampu membuatkan anda mengecilkan mata, maka ini adalah salah satu filem yang patut anda tonton di pawagam sekarang.

Filem ini juga sebenarnya sindiran halus kepada kita semua dengan kata mudah, “hantu pun sembahyang berjemaah, kau bila lagi?”

Rating Kakimuvee : 6.5/10

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here