Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Makmum 2 (2021)


Makmum 2 dijadikan sekuel setelah filem pertamanya laris di Indonesia & juga Malaysia. Di Malaysia filem pertamanya yang diarahkan oleh Hadrah Daeng Ratu mendapat kutipan sebanyak RM7.16 Juta ketika ditayangkan disini. Makmum 2 pula diarahkan oleh Guntur Soeharjanto dan masih menampilkan Titi Kamal sebagai pelakon utama. Khabarnya, filem ini adalah filem paling terlaris di Indonesia untuk tahun 2021 dengan mengumpul data 700 ribu penonton. Benarkah filem Makmum 2 sehebat seperti yang diperkatakan?

Makmum 2 mengisahkan tentang Riri (Titi Kamal) yang kembali ke kampung setelah mendapat khabar bahawa makcik yang pernah menjaganya ketika dia kecil meninggal dunia. Sejak kembali ke kampung tersebut dia kembali dihantui oleh hantu makmum dan anaknya Hafiz hilang dan dijumpai dalam hutan. Rini dan Hafiz berdepan dengan ancaman luar biasa yang menyebabkan keimanannya goyah dan berada dalam keadaan bahaya.

Filem sekuel ini sepenuhnya kisah baharu dan tiada kena mengena dengan Makmum filem pertamanya. Sejujurnya sekuel ini tidak diperlukan kerana ianya merosakkan jenama ‘Makmum’ sahaja dan menunggang nombor / data kerana filem pertamanya laris. Makmum 2 menampilkan kisah ringkas tetapi meninggalkan banyak persoalan seolah olah hanya sekadar dibikin untuk siap. Eksekusi Guntur disini sangat teruk berbanding filem filemnya sebelum ini.

Plot filem ini dimulakan dengan konflik kematian makcik Rini (yang tiada sebab dan akibat), menyebabkan Rini pulang. Setelah itu Rini diganggu oleh iblis yang menjelma sebagai ‘Makmum’, masjid baharu ditubuhkan, penebangan pokok dihutan terlarang dan anak-anaknya dirasuk yang tidak diperjelaskan dengan terperinci, dihujungnya hanya mengatakan ini hanyalah diwujudkan untuk menguji keimananya. 

Terus-terang, filem Makmum 2 ini agak ‘menjijikan’, seperti penulis hanya menulis filem ini mahu jadi seperti apa, tanpa meletakkan ‘background karakter’ yang kuat, dan tidak menulis penceritaan dengan motif yang jelas dan kukuh. Makmum 2 dipenuhi dengan ‘plot hole’ terhadap konflik-konflik yang diciptakannya sendiri, seperti adegan seorang wanita yang menyanyi lagu langsiur wangi. Apa tujuan dan motifnya? kurang diperjelaskan tentang karakter yang difokuskan ini


Yang bagus tentang filem ini adalah hanyalah percubaan dari pengarah untuk menakutkan penonton yang ditambah baik dari segi ‘jumpscare’nya sahaja. Dari segi lakonan, skrip dan eksekusi filem ini, boleh dikatakan ‘sejahanam-jahanamnya’.

Penonton yang menonton di pawagam tadi hanya takut di ‘act’ pertama filem ini, kerana dia babak selanjutnya mula hilang arah tujuan dan pengakhirannya yang sangat membodohkan. (SPOILER) Iblis di hutan marah kerana diambil haknya, mungkin pokok yang ditebang dan menyerupai ‘makmum’ untuk membalas dendam.

Akhirnya iblis terbakar setelah bomoh menanam kembali anak pokok di hutan larangan tersebut berserta ustaz membacakan ayat suci seperti filem islamik seram yang lain (yang agak klise dan membosankan). Bukan itu sahaja, CGI filem ini agak kartun, komedinya juga terlalu ‘lame’, bayangkan iblis merangkak macam katak & gadis kerasukan seperti ada ‘kuasa’ force dari filem STAR WARS untuk melempar-lempar barangan dan manusia. Jijik bukan?

Tiada yang istimewa filem kedua berbanding filem pertamanya, awalnya seram dan nampak menjanjikan tapi pengakhirnya sangat jahanam dan rasa bod.. [DITAPIS KALI KE-38 OLEH EDITOR KAKIMUVEE]. Tonton di TGV CENTRAL I CITY dengan harga tiket standard RM21. Tonton berdua RM42 termasuk tax transaction RM43. Adakah berbaloi untuk menontonya? Bagi saya tidak, melainkan… jika ingin menonton nak rasa seram ketawa dan menyumpah seranah diakhir ceritanya. Makmum 1Ā dua kali ganda lebih baik dari filem kali ini.Ā 

Rating Kakimuvee

1/5

Hasib Anuar adalah penulis jemputan Kakimuvee.net dan salah seorang pengendali laman Facebook Kakimuvee Reborn.


Related posts

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi BakaraĀ (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Mat Tudung Begins (2023)

Ahmad Fariszuan

Review Filem: Meg 2: The Trench (2023)

Kakimuvee