Review Filem: Ma (2019)

491
views

AMARAN SPOILER!!

Sebuah filem terbitan Blumhouse Production yang sememangnya tidak asing lagi dalam pembikinan filem seram. Dimulakan dengan kisah sebuah keluarga iaitu ibu dan anak yang baru sahaja berpindah ke sebuah bandar. Si anak pula terpaksa berpindah ke sekolah di bandar tersebut namun begitu, dia cepat mempunyai kumpulan rakan rakan yang bersama dengannya.

Sehinggalah pada suatu hari mereka ingin membeli minuman keras namun mereka terpaksa menyuruh orang yang lebih dewasa untuk membelinya. Rata rata orang dewasa yang mereka temui semuanya menolak Sehinggalah terdapat seorang wanita misteri yang bekerja di sebuah klinik haiwan sanggup untuk membelinya dan mereka tidak mengetahui bahawa perkara tersebut bakal merubah kehidupan mereka.

Tanpa mereka sedari, wanita tadi adalah rakan kepada ibu bapa mereka sewaktu di sekolah tinggi dahulu dan perkara ini menjadikan perkara ini lebih rumit kerana apabila mereka mula menjauhkan diri mereka daripada wanita tersebut, wanita tersebut mula mendekati ibu bapa mereka. Sehinggalah mereka terperangkap dalam satu keadaan yang tidak mampu mereka elakkan.

Filem Ma ini mula mengujakan para penonton sejak trailernya dikeluarkan namun indah khabar dari rupa kerana filem itu sendiri tidak mampu mengekalkan kehebatan trailer mereka.

Hal ini kerana pembinaan cerita yang agak perlahan pada satu jam pertama ditambah dengan pengulangan plot yang dirasakan tidak perlu dan tidak menjejaskan plot cerita.

Selain itu juga, penamat filem ini juga dilihat agak tergesa gesa. Mungkin produksi sudah ketiadaan bajet untuk melakukan perkembangan jalan cerita seterusnya atau sudah kehabisan idea.

Walaupun begitu, filem Ma ini harus dipuji dari sudut perubatan kerana ketepatan Info yang diberikan dalam filem ini. Bagi mereka yang sukakan filem yang mengeluarkan banyak darah, maka filem ini agak sesuai buat anda.

Rating Kakimuvee : 6.5/10

Tonton Review Filem – Ma di Youtube kami!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here