Review

Review Filem: M4M4

Views

Amaran Spoiler!!!

Pada Februari yang lalu, para peminat filem tempatan disegarkan sekali lagi dengan sebuah lagi buah tangan terbaru yang diberi tajuk M4M4 yang menyajikan lakonan mantap siapa lagi kalau bukan Nabila Huda.
Filem ini mengisahkan tentang betapa rapatnya hubungan seorang ibu bersama anak tunggalnya setelah kematian ketua keluarga mereka yang dilakonkan oleh Yusry KRU. agak mengejutkan dengan cameo yang ditampilkan oleh Yusry dalam filem ini dalam beliau membawakannya dengan begitu baik.

Berbalik kepada penceritaan filem M4M4 ini tadi, filem ini bukan sahaja menceritakan akan kasih sayang yang wujud antara ibu dan anak serta sebaliknya malahan ia berjaya menunjukkan betapa erat dan kasihnya mereka berdua dengan beberapa babak yang dimasukkan sehingga babak yang tiada isi penting pun turut disumbat ke dalam penceritaan M4M4 ini sendiri.

Mungkin sudah menjadi trend pembuat filem sekarang yang mencampurkan beberapa genre ke dalam sebuah filem yang mana sekiranya tidak digarap dengan baik maka ia bakal mengelirukan para penonton dan malangnya perkara tersebut berlaku kepada filem M4M4 ini sendiri. Fasa balas dendam seorang ibu atas kematian anaknya setelah diperlakukan dengan begitu kejam mengundang beberapa persepsi penonton sekaligus meletakkan penonton sedikit keliru akan tujuan akhir filem ini sendiri. Adakah si ibu yang ingin membalas dendam atau roh si mati yang tidak tenang itu sebenarnya ingin menuntut bela atas kematiannya yang begitu tragis.

 

BACA:  Review Filem: The Invisible Man

Filem M4M4 ini mungkin dilihat sebagai satu jalan yang cukup baik untuk mengangkat isu pedophilia yang sering berputar dalam kalangan masyarakat kita dan giat diperkatakan akhir akhir ini. Namun konsep itu sendiri tidak dapat disampaikan secara jelas memandangkan utilization of conceptnya itu sendiri agak rapuh. Mesej sesebuah filem tidak mampu disampaikan secara sepenuhnya hanya dengan bermain emosi sepanjang masa melalui ratapan airmata sang pelakon namun ia harus disampaikan dengan perjalanan jalan cerita yang baik.

Terlanjur menyebut soal permainan emosi, Nabila Huda dilihat berjaya meragut emosi para penonton setelah rata rata memberi komen terkesan dengan lakonan airmatanya sebagai seorang ibu yang kehilangan anak. Namun permainan emosi itu dilihat kekal sebagai permainan emosi namun kosong dalam penyampaian mesej.
Saya lebih merasakan dialog yang disampaikan oleh Hushairi Husin selaku Pok Wen dalam filem ini lebih membawa makna berbanding keseluruhan filem M4M4 ini sendiri. Short but nice!

Kesimpulannya, filem M4M4 dilihat sebuah filem yang mampu memberikan kesan yang besar terhadap isu semasa yang bermain di sekitar masyarakat kita namun hanyut dibawa arus airmata emosi tanpa henti dan juga tampalan babak yang tidak perlu.

BACA:  Review Filem: Baaghi 3 (2020)

Rating Kakimuvee : 4/10 

Tinggalkan Balasan

shares