Review Filem: Long Shot (2019)

84
views

Filem Long Shot adalah sebuah filem arahan Jonathan Levine ( pengarah filem 50/50 & Warm Bodies) dan dbintangi oleh Seth Rogen dan Charlize Theron. Filem bergenre romantic comedy ini berdurasi 2 jam 5 minit dan telah ditayangkan pada 2 May 2019 yang lepas.

Filem ini mengenai seorang journalist bebas yang bernama Fred Flarsky lakonan Seth Rogen sedang berada dalam kesulitan mencari kerja baru akibat berhenti dari majikannya yang telah menjual saham syarikat medianya kepada syarikat yang menjadi musuh mereka sejak saban tahun. Dalam kekusutan itu Seth telah terjumpa “crush” lamanya disebuah parti iaitu Charlotte Field lakonan Charlize Theron. Charlotte adalah seorang setiausaha kementerian USA yang sedang dalam usaha untuk memenangi jawatan Presiden of Amerika dan merukan Crush kepada Fred sejak kecil lagi kerana mereka tinggal berjiran.

Disebabkan gaya penulisan Fred agak berkualiti, Charlotte bertindak untuk mengambil Fred sebagai penulis skripnya untuk kempen pilihan rayanya yang akan datang. Bermula saat itu, Fred dan Charlotte semakin rapat dan banyak meluangkan masa bersama dan akhirnya Fred dan Charlotte jatuh cinta secara tidak sengaja. Eh jatuh cinta sudah tentulah tidak sengaja bukan? So mereka berdua teruskan percintaan mereka secara rahsia kerana tidak mahukan publisiti murahan yang boleh menjatuhkan karier Charlotte.

 

Filem ini diklasifikasikan sebagai filem R rated kerana terdapat adegan ranjang, pengunaan kata kesat (tipikal Seth Rogen) dan pengunaan dadah sepanjang filem (ya tipikal Seth Rogen lagi). Seperti yang penggemar filem ketahui Seth Rogen seorang pelakon yang sering membawa watak dalam filem komedi dan tak lari juga didalam filem ini, seorang yang banyak cakap dan mempunyai pendirian yang jitu. Karakternya mula berkembang apabila dia bekerja dibawah Charlotte dan seterusnya menjadi kekasih Charlotte. Dari seorang yang tidak mempunyai apa-apa dan akhirnya bercinta dengan seorang ahli politik negara. Charlize Theron didalam filem ini juga membawa watak dengan sangat baik, seorang wanita yang “independent” dan mempunyai cita-cita dan impian yang sangat besar sejak kecil.

Untuk makluman pembaca, filem ini bukanlah sebuah filem politik tetapi terdapat beberapa sindiran sindiran terhadap isu-isu politik semasa dunia diselitkan sepanjang filem. Sebuah filem komedi yang bijak dimana ianya menunjukkan bagaimana cara kerja ahli politik di USA. Sebuah storyline dan skrip yang menarik ditonjolkan sepanjang filem.

Keseluruhannya, filem ini adalah sebuah filem komedi yang menghiburkan untuk ditonton.

Rating Kakimuvee: 6/10.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here