Review Filem: Line Walker 2: Invisible Spy

198
views

AMARAN SPOILER!!

Filem ini adalah sekuel kepada filem “Line Walker” 2016. Ia berkisar mengenai sekumpulan anggota polis yang terperangkap dalam konspirasi tentang sebuah triad yang telah mengupah perisik rahsia dalam kalangan anggota polis tersebut.

Siapa yang tidak kenal Louis Khoo dan Nick Cheung ? Nama-nama ini begitu sinonim dengan kita. Tahun ini saja sudah lebih 4 filem dibintangi Louis Khoo yang menerjah masuk ke pawagam di Malaysia. Begitu dahsyat beliau. Terima kasih kepada Lotus Five Star dan Ram Entertainment menjemput kami ke Malam Gala Premier bagi filem ini.

Filem Line Walker yang pertama cukup padat dengan aksi dan twist yang padu. Bila membaca sinopsis saya sangkakan filem ini sekuel terus filem pertama. Rupa-rupanya saya silap. Filem Line Walker 2 ini sekadar menggunakan jenama Line Walker sahaja. World building yang berbeza digunakan dengan pengenalan kepada watak watak baru. Jadi anda tidak perlu menonton filem yang pertama untuk menonton filem ini.

Filem ini banyak bermain dengan flashback ringkas, dialog ringkas tetapi plot yang sangat heavy. No humor element langsung. Anda tidak boleh menutup mata terlalu lama atau akan tertinggal. Penceritaan filem yang sebegini sesuai bagai mereka yang gemarkan heavy twist.

Action sequence dalam filem ini saya fikir merangkumi 50 percent dari keseluruhan filem. Namun ada bahagian yang agak meleret dan panjang. Simple is better. Namun semasa bahagian lembu mengejar orang itu memang padu tengok orang kena sodok.

Well, watak-watak dalam filem ni terlalu cool hinggakan rambut mereka sentiasa kemas mengingatkan saya pada jambul geli-geli superman dulu. Guna wax ke gel agaknya? Bergolek, berbaring, terbang-terbang oun masih steady rambut tu. Ada part sepatutnya baju koyak, darah, luka dan kotor tiba-tiba hilang terjadi, but who care when you have all the bombastic extra twisty plot heavy action ongoing right ? Not you ok Luke Rebecca Hobbs !!!

Rating Kakimuvee: 7/10

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here