ReviewSlot Tempatan

Review Filem: Kron 2019

Views

AMARAN SPOILER!!!

Ogos 2019 menampilkan dua filem arahan Opie Zami pada kali ini. Filem pertama adalah filem Warkah yang telah kami review beberapa hari yang lalu manakala filem kedua adalah filem Kron yang mula menemui penonton pada 22 Ogos 2019. Filem kali ini berlainan konsepnya berbanding filem Warkah yang mana mengenengahkan elemen sejarah dan juga fantasi Tanah Melayu serta negara negara sekitarnya pada suatu masa dahulu.

Filem dibuka dengan kisah dahulukala yang memaparkan tentang sebuah perarakan daripada sebuah kerajaan kepada kerajaan yang lain. Kerajaan tersebut berkemungkinan kerajaan Siam jika dilihat pada ufti bunga emas yang dibawa oleh seorang watak dalam rombongan tersebut yang dilakonkan oleh Elly Suriati.

Seterusnya para penonton dibawa pula ke sebuah kisah yang berlatarbelakangkan latar masa pada masa kini yang memaparkan tentang beberapa arkeologis dan professor mereka yang dalam usaha untuk mencari sebuah artifak atau tinggalan yang telah lama mereka cuba cari dan gali.

Bagi mengetahui apakah yang terjadi dalam filem ini, anda semua boleh ke pawagam terdekat dan menontonnya sendiri.

BACA:  Pengarah Mamat Khalid Kini Berada Di ICU

Filem Kron merupakan sebuah lagi filem tempatan arahan Opie Zami yang ditayangkan pada tahun ini. Mendapat sentuhan konsep yang agak segar namun ianya dimusnahkan secara total dari segi teknikal filem ini. Teknik visualisasinya yang begitu tradisional sekaligus menghilangkan mood menonton filem ini dan apatah lagi ingin menikmati “cinematic experience” yang langsung tidak berjaya ditawarkan dalam filem Kron ini. Menontonnya, seolah olah anda menonton drama tv dan anda berada pada tahun 2000 atau 2001.

Teknik CGI yang digunakan juga hanya berada pada paras biasa biasa sahaja mungkin kerana kekangan bajet namun perkara ini ditambah teruk dengan perjalanan jalan cerita yang cukup lemah dan penuh dengan babak dan moment yang sangat tidak perlu sehingga membazirkan ruang untuk perkembangan watak dan juga perkembangan jalan cerita yang seharusnya diberikan ruang untu penceritaan sebegini.

Kami sudah tidak mampu untuk memberi komen lebih jauh untuk filem ini akan tetapi kekecewaan jelas nyata pada pihak kami kerana filem yang ada konsep sebegini dibazirkan begitu sahaja.

BACA:  Nadia Brian Bawa Watak Utama Dalam Filem Ratu Kala Jengking

Rating Kakimuvee : 3/10

Tinggalkan Balasan

shares