Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Review Filem Korea: Veteran (2015)

Detektif Seo Do Cheol (Hwang Jung Min) merupakan seorang detektif yang selalu berjaya menangkap dan memberkas sasarannya/penjenayah dan kebiasaan kes yang disiasatnya pasti berjaya diselesaikan. Bersama ketua pasukannya Oh (Oh Dal Soo) dan anggota pasukannya yang terdiri dari Bong, Yoon dan Wang, mereka berlima selalu serasi dalam menjalankan aktiviti menyelesaikan kes yang ditugaskan.

Satu hari, rakan baik Do Cheol, Bae yang merupakan pemandu trak yang bekerja dibawah Syarikat Sunjin koma selepas melakukan percubaan untuk membunuh diri, apa yang menimpa Bae ini menimbulkan syak wasangka Do Cheol menuju kepada Jo Tae Oh (Yoo Ah In), seorang peniaga kaya muda yang merupakan pewaris daripada generasi ketiga syarikat perniagaan Sunjin.

Tetapi segala kegiatan jenayah Tae Oh tidak mudah untuk disiasat dan Tae Oh juga tidak mudah untuk didekati dan disentuh, Tae Oh selain berpengaruh turut dikawal ketat dan sentiasa dilindungi sepanjang masa oleh ‘pencacainya’ pengarah Choi (Yoo Hae Jin). Tae Oh sentiasa dapat melepaskan diri walaupun berjaya ditangkap.

Do Cheol tidak pernah putus asa dalam perjuangannya untuk membuktikan bahawa Tae Oh adalah punca utama dan dalang di sebalik kejadian yang menimpa rakannya itu.

Filem ini merupakan paduan di antara komedi dan aksi jenayah yang seimbang. Yoo Ah In tampil dengan lakonan yang mengagumkan sebagai Jo Tae Oh yang memiliki dua personaliti. Yoo Ah In benar-benar menjiwai sikap Tae-Oh yang agak sakit perangainya, iaitu mental, angkuh dan sadis. Memang menyakitkan hati, menyampah dan benci tengok dia dalam filem ni.

Perjalanan cerita dalam filem ini akan membuatkan penonton untuk turut ikut sekali melakukan penyiasatan bersama dengan Hwang Jung Min terhadap Yoo Ah In. Yoo Hae Jin dalam filem ini agak serius, tidak ada adegan lucu yang dilakukan. Hwang Jung Min dan Oh Dal Soo memang beregu yang serasi bersama sejak dari filem Ode To My Father lagi. Untuk adegan aksi, kejar mengejar dalam filem ini sangat semulajadi, ada yang aksinya agak ganas dan ada ketikanya diselangi aksi komedi, namun tidak mengurangi ketegangan demi ketegangan yang berlangsung dalam filem ini.

Rating Kakimuvee: 9/10

Related posts

Netflix Original Series “Sweet Home” Unveils Exciting Posters & Stills Ahead Of December 18 Premiere

Isqandar

Song Kang, Lee Si Young & Lee Do Hyun Cuba Untuk Bertahan Dalam Foto Terbaru “Sweet Home”

Zulaikha

Soo Ae Ditawarkan Peranan Dalam Drama Misteri “Gong Jak City”

Zulaikha

Rating “The Penthouse” Melonjak!

Zulaikha

Ji Chang Wook Bakal Bintangi Siri Terbaru Netflix, “Annarasumanara”

Zulaikha

“Awaken” Bermula Baik, “The Penthouse” Sekali Lagi Pecah Rekod Peribadi

Zulaikha

Leave a Comment

Add your own review

Rating