Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Review Filem Korea: The Flu (2013)


Bandar Bundang di Korea Selatan terjejas oleh virus H5N1 yang tersebar apabila trak kontena yang membawa pendatang haram sakit dari Vietnam diseludup ke Korea. Penyakit itu membawa maut dan berjangkit bukan seperti virus normal, menjadikan semua penduduk setempat terdedah kepada penyakit itu.

Apabila pihak kerajaan terpaksa menutup bandar dan mengisytiharkan darurat, masalah lain timbul iaitu kekurangan vaksin. Penduduk-penduduk dibawa ke kem-kem untuk dikuarantin kerana virus menyebar lebih cepat pada kadar yang jauh lebih membimbangkan yang mana sesiapa yang dijangkiti akan mati dalam tempoh 36 jam.

Bomba, Kang Ji-Koo (Jang Hyuk) adalah salah seorang dari mereka yang dikuarantin. Dr. Kim In-Hae (Soo-Ae) adalah salah seorang responden pertama yang diserang virus tersebut.

Wabak itu malahan menyerang anak perempuan Dr. Kim In-Hae sendiri (Park Min-Ha) yang dijangkiti oleh virus tersebut. Kang Ji-Koo dan Dr. Kim In-Hae dengan panik bekerjasama dalam usaha untuk mencari penawar.

Filem ini menunjukkan dengan jelas tanpa berselindung, tentang realiti konflik politik dan perubatan di saat-saat genting. Tajuk filem ini jelas menonjolkan kisah filem ini, virus yang ditularkan melalui udara, 3.4 jangkitan per saat, 100% kematian.


Sebuah filem dengan banyak cerita berbeza, menunjukkan putus asa, harapan, kekuatan, pentingkan diri sendiri, cinta dan kasih sayang, balas dendam, dan persahabatan. Barisan pelakon dalam filem ini tidak kira sama ada pelakon utama atau ekstra, menyampaikan persembahan lakonan yang bermutu dan memberi kesan sebagai gambaran penduduk yang terdesak kerana merasa di abaikan oleh kerajaan.

Di samping konflik yang berpusing dalam filem ini ada diselitkan komedi juga di sebalik kegelisahan tersebut. Flu adalah filem bencana yang sangat solid yang memberikan ketegangan kepada penonton yang menyaksikannya, filem ini juga antara filem bencana yang berkualiti terbaik pernah dihasilkan.

Rating Kakimuvee: 9/10


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee