Review Filem Korea: The Divine Fury (2019)

1750
views

AMARAN SPOILER!!!

Sebuah filem bertemakan Misteri Fantasi daripada Korea menemui peminatnya di pawagam bermula 15 Ogos 2019 yang lalu. The Divine Fury mengisahkan tentang kehidupan seorang lelaki yang telah dipilih oleh Tuhan untuk melawan kejahatan.

Kisah dibuka dengan memperkenalkan watak utama yang tinggal bersama bapanya disebuah rumah dan telah kehilangan ibunya semasa melahirkan beliau. Keluarga ini mempunyai latar belakang agama yang kuat. Pada suatu hari, si ayah telah ke tempat kerja dan bertugas seperti biasa meninggalkan dia seorang diri di rumah. Semasa di tempat kerja, bapanya telah mengalami kemalangan yang diakibatkan oleh dua ekor syaitan yang mengganas dengan membawa kenderaan secara berbahaya. Akibat daripada kemalangan tersebut, si bapa ini tadi telah dimasukkan ke hospital.

Mendengar berita tersebut, anaknya cukup bimbang dan terus melarikan diri ke gereja terdekat untuk berdoa kepada Tuhan supaya disembuhkan ayahnya itu. Semasa berdoa, dia ditemani oleh seorang paderi yang juga berdoa untuk kesembuhan bapa kepada kanak – kanak tersebut. Namun, bapanya menemui ajal pada malam tersebut dan oleh keransa peristiwa tersebut, watak utama ini tadi telah membesar dalam keadaan membenci Tuhan kerana tidak mendengar kata dan doanya pada malam tersebut.

Seterusnya apabila besar, dia telah bermimpi bertemu dengan bapanya namun tidak sempat bercakap dan dalam mimpi tersebut dia telah memperoleh satu kebolehan yang luar biasa iaitu membunuh syaitan dengan tangannya sendiri. Bagi membongkar kerunsingan yang dihadapinya, dia telah berjumpa dengan seorang bomoh dan bomoh tersebut telah memberitahunya bahawa dia telah ditakdirkan untuk melakukan satu perkara yang murni.

Kepada anda yang ingin mengetahui pengakhiran filem The Divine Fury ini bolehlah berbuat demikian di pawagam terdekat sekarang juga.

Filem yang membawa mesej tentang ketuhanan ini dilihat agak kuat daripada segi konsep dan nilai yang ingin dicapaikan, ia bukanlah sebuah filem yang mempromosikan sesuatu agama, namun ia adalah sebuah filem yang membawa mesej kepada kita semua tentang rasa cintakan Tuhan tidak kira apa jua agama penonton sekalipun. Frasa – frasa dan bait bait kata yang disusun juga dilihat kena dengan keadaan dan mampu menjadikan babak tersebut sebagai satu babak yang “mesmerizing”.

Perkembangan watak pada watak utama juga dilihat ringkas namun mudah untuk difahami oleh penonton. Namun begitu, watak “villain” dalam filem ini dilihat dikembangkan dengan ala kadar sahaja dan hampir keseluruhan plot villain ini dilihat hambar dan mendatar menjadikan tidak wujud keseimbangan antara watak villain dan hero. Selain itu juga beberapa plothole yang dilihat tidak dijelaskan secara total di dalam filem ini turut mengganggu serba sedikit perasaan semasa menonton.

Akan tetapi, filem ini tetap boleh dijadikan sebagai sebuah bahan tontonan di pawagam kerana konsep yang dibawa agak menarik ditambah pula vibes dari filem “Ghost Rider” dan “Supernatural” yang boleh dirasakan dalam filem ini.

Rating Kakimuvee: 7/10

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here