Review Filem Korea: So-Won / Hope (2013)

193
views

Satu lagi filem Korea yang meruntun jiwa, berdasarkan peristiwa sebenar di Korea, “Na Yeong Case” pada tahun 2008. Kes pedofilia tersebut mendapat liputan luas dan ramai netizen yang membuat tunjuk perasaan sebab tak puas hati pelaku yang berusia 57 tahun tu mendapat hukuman penjara selama 12 tahun je. Mangsa, seorang kanak kanak perempuan berusia 8 tahun dirogol, diseksa sehingga rosak organ dalaman dan dipukul separuh mati. Filem ini jugak mendapat anugerah filem terbaik Blue Dragon Film Awards, 2013.

Dalam perjalanan ke sekolah, seorang kanak kanak perempuan bernama So-won (maksudnya “Hope” dalam bahasa Korea), ketika waktu pagi itu hujan turun, dia berjalan seorang diri ke sekolah sambil membawa payung dan dihampiri oleh seorang lelaki tua yang kononnya nak tumpang payung So-won, tapi malang nasib So-won, dia dirogol, diseksa secara seksual dan brutal oleh lelaki tua itu dan jugak dia dipukul separuh mati.

Akibatnya, dia menderita luaran dan dalaman. Usus besar dan usus kecilnya terpaksa dipotong dan dia harus menggunakan anus buatan sepanjang dia hidup. Keluarga bahagia mereka musnah, walaupun sudah pulih, emosi So-won tidak stabil, dia menjadi trauma walaupun dengan ayahnya sendiri, Dong-hoon (Sol Kyung-gu). Tidak mahu bercakap dan melihat ayah dia. Jadi Dong-hoon terpaka memakai maskot karakter kartun kegemaran anaknya asalkan anak dia hendak berinteraksi dengan dia. 

……………

Filem ini memperolehi cukup banyak kekuatannya dari persembahan lakonan yang ditampilkan begitu baik dan sempurna, dari karakter utama hinggalah peranan terkecil. Uhm Ji-won sangat hebat membawa watak sebagai ibu So-won, kita dapat rasa betapa kesalnya karakternya kerana gagal melindungi anak perempuannya. Sol Kyung-gu memberikan salah satu penampilan terbaiknya di sini, sebagai ayah So-won, hati penonton akan hancur ketika dia dengan tidak putus asa mencuba untuk berhubungan kembali dengan So-won walaupun So-won menolak kehadirannya (So-won jadi trauma dengan lelaki).



Lee Re yang memegang watak So-won, walaupun berusia 7 tahun ketika berlakon dalam filem ini menyampaikan satu persembahan lakonan yang berkualiti yang dapat menghubungkan perasaan penonton dengan tragedi yang menimpa dirinya dalam filem ini. Sebenarnya tak jauh pun rumah So-won dengan sekolah, dah selalu dah dia pergi sekolah, balik sekolah jalan kaki.

Berjurai jurai air mata bila tengok mak ayah dia bila tahu anak dia diperlakukan sebegitu. Kesian So-won. Beberapa kali jugak aku pause time tengok movie ni, macam-macam jenis emosi terhasil. Berwaspadalah, bahaya ada di sekeliling kita, tidak kira dekat atau jauh jarak yang hendak dituju.

Review Kakimuvee: 9/10