Review

Review Filem Korea: Peninsula (2020)

Views

Terdapat dua kemungkinan sekirannya sesebuah filem itu sukses, sama ada dibiarkan tanpa sebarang sambungan, atau diwujudkan sekuel dengan harapan ianya berjaya, dan seterusnya dapat mencipta sebuah francais yang menguntungkan.

Train to Busan boleh dikatakan antara filem zombi terbaik yang pernah dihasilkan. Walaupun pada dasarnya ia tidak ubah seperti filem-filem zombi tipikal yang lain, Train to Busan berjaya mencipta emosi yang menyedihkan menerusi ‘ending’ filem tersebut.

Mungkin ada yang beranggapan tidak perlu dihasilkan sekuel Train to Busan. Tetapi pada saya, filem tersebut sangat terbuka untuk diwujudkan sekuel atau francais memandangkan filem zombi sangat senang untuk dihasilkan kesinambungan cerita. Cuma untuk menjadikan sekuelnya sebagus filem pertama bergantung pada kreativiti penulis lakonlayar.

Secara jujurnya, saya suka dengan idea penerbitan sekuel Peninsula. ‘Premise’nya sangat menyakinkan kerana ia memaparkan keadaan selepas Korea Selatan diserang zombi.

Saya ‘OK’ dengan konsep dan kisah yang dibawa Peninsula, saya tidak kisah dengan cerita sekumpulan ‘survivor’ yang berani mati kembali ke tanah yang dipenuhi dengan zombi demi mengubah hidup mereka di negara orang, dan saya juga tidak kisah dengan wujudnya watak-watak antagonis seperti siri The Walking Dead. 

Tetapi, yang buat saya ‘Tak Ok’, adalah cara pengarah dan penulis filem ini mengolah penceritaan Peninsula. 

15 minit pertama sememangnya sangat menarik, ia memaparkan suasana kucar-kacir ketika serangan zombi, dan kehidupan para ‘survivor’ selepas berjaya menyelamatkan diri. Apabila Peninsula memasuki ke plot utama, saya sudah bersedia untuk menyaksikan sebuah filem tipikal zombi. Saya sememangnya sudah menyangka akan ada konflik diantara hero dan orang jahat, cuma yang mengecewakan penceritaannya dibuat dengan begitu malas sekali.

BACA:  Review Filem: Greyhound (2020)

Pengarah hanya menitik-beratkan adegan aksi dari memikirkan jalan cerita yang berkualiti. Terus-terang saya katakan, bahagaian kedua dan ketiga Peninsula sangat-sangat ‘cheesy’ – dari pertemuan hero dan heroin sehinggalah babak-babak yang melibatkan kumpulan antagonis – semuanya dibuat dengan sangat teruk. Adegan-adegan emosinya pula dibuat secara berlebihan, saya yang pada awalnya terharu, terus menjadi meluat. Babak aksinya juga kurang memaparkan survival dari serangan zombi, sebaliknya dibuat ala ‘Fast & Furious dengan kesan khas yang agak teruk – seteruk CGI filem-filem tempatan.

Watak-watak dalam filem ini juga gagal untuk menyelamatkan kerosakan yang telah berlaku. Watak utama dilihat seperti tiada karisma sebagai seorang hero dan tiada ‘chemistry’ dengan watak heroin, manakala watak kanak-kanak kurang memberi impak kepada perkembangan karakter utama. Paling saya benci, watak-watak antagonis yang langsung tidak memberi kesan dalam perkembangan cerita. Selekeh mungkin boleh diterima kerana mereka terperangkap di kota yang penuh dengan zombi, gila? so-so lazy writing.

Secara keseluruhannya, Peninsula telah menjatuhkan reputasi Train to Busan sebagai sebuah filem zombi yang hebat. Pekara penting seperti perkembangan cerita dan watak sangat penting dalam menentukan kualiti cerita, dan Peninsula gagal menggunakannya sebaik mungkin. Tambahan pula, penggunaan kesan khas CGI yang agak teruk menjadi pelengkap kegagalan ‘total’ filem zombi dari Korea Selatan ini.

BACA:  Review Filem Jepun: Fukushima 50 (2020)

Agak sayang, Peninsula sudah cukup bahannya untuk menjadi makanan yang enak, tetapi dimasak sehingga hangit.

RATING KAKIMUVEE: 5/10

Tinggalkan Balasan

shares