Review Filem Korea: Parasite (2019)

11968
views

AMARAN SPOILER!!!

Mengisahkan keluarga Kim, Kim Ki Taek (Song Kang Ho) seorang ayah yang miskin dan tidak mempunyai pekerjaan, Ki Taek tinggal bersama isterinya Choong Sook (Jang Hye Jin), anak lelakinya Ki Woo (Choi Woo Shik) dan anak perempuannya Ki Jung (Park So Dam). Mereka tinggal di rumah flat separa bawah tanah di penempatan miskin di Seoul.

Mereka mencari rezeki dengan membuat apa pun pekerjaan seperti melipat kotak pizza (lipat pun sambil lewa). Kemudian pada suatu hari, ketika Ki Woo mengeteh bersama rakannya yang pernah bersama-sama berkhidmat dalam khidmat ketenteraan negara (lakonan cameo Park Seo Joon) yang kini menuntut di universiti. Rakannya menawarkan Ki Woo pekerjaan sebagai tutor Bahasa Inggeris kepada anak perempuan keluarga kaya iaitu keluarga Park, yang mana Ki Woo akan dibayar lumayan. Masalahnya Ki Woo tidak pernah belajar di universiti, walaupun dia berkelayakan menjadi tutor.

Ki Woo berpakat dengan adiknya Ki Jung supaya membuat rekod universiti palsu dan Ki Woo muncul di rumah keluarga Park untuk memohon pekerjaan di rumah keluarga Park. Mr Park (Lee Sun Kyun) adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya yang menjalankan sebuah syarikat IT dan menghabiskan banyak masa di luar dari di rumah, jadi dia menyerahkan segala tanggungjawab mengupah pekerja di rumah mereka kepada isterinya Yeon Kyo (Cho Yeo Jong), Ms Park ni pulak agak lembab sedikit dan simple minded.

Titik permulaan dari Ki Woo bekerja sebagai tutor di dalam rumah keluarga Park itu memulakan Ki Woo membawa kesemua keluarganya bekerja di situ tetapi dalam cara “scammer”. Pada suatu hari, rumah keluarga Park dikunjungi oleh bekas orang gaji rumah tersebut, Moon-gwang, yang mendedahkan sesuatu yang berbeza, merungkai “kewujudan” sesuatu yang lebih rendah tarafnya daripada keluarga Kim.

Tidak ada yang baik atau jahat dalam filem ini, yang jahat sebenarnya masyarakat sendiri yang suka membeza-bezakan darjat seseorang.

Filem ini seperti ujikaji bagaimana kita mengekalkan kebohongan kita untuk melindungi orang yang kita cintai, penderitaan yang kita alami sebagai manusia untuk mengekalkan penampilan dan memastikan kelangsungan hidup kita, dan bagaimana di hati semua manusia ada harapan, sama ada direalisasikan dalam realiti atau tidak.

Kesimpulan filem ini tidak dapat diramalkan. Jika kita bercakap tentang genre, peliknya filem ini susah untuk diklasifikasikan. Plot penceritaan ini lebih kearah komedi tragik sosial yang mood berubah bersama dengan plot twist yang membuatkan penonton terkesima. Para pelakon kesemua membawa watak dengan berkesan dan bersahaja. Paparan ‘dark comedy’ yang kasual, ada babak yang dramatik termasuk thriller, jadi menonton filem ini memberi pengalaman yang sangat menarik.

Rating Kakimuvee: 9/10

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here