Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Review Filem Korea: Luck-Key (2016)


Filem ini remake dari filem Jepun – The Key Of Life, mengisahkan mengenai pertukaran kehidupan antara Choi Hyeong Wook (Yoo Hae Jin) yang berkerjaya sebagai pembunuh upahan dan mempunyai kehidupan yang mewah dengan seorang pemuda yang berkeinginan menjadi pelakon terkenal yang bernama Yoon Jae Seong (Lee Joon), Yoon Jae Seong seorang yang miskin dan hidup dalam kemurungan.
 
Pertemuan antara mereka adalah secara kebetulan. Mereka bertemu di sebuah tempat mandi umum. Ketika itu, Yoon Jae Seong yang ingin membunuh diri sedang mandi di tempat tersebut, dia ingin membersihkan diri sebelum mati, lalu masuklah Choi Hyeong Wook yang juga ingin mandi di tempat tersebut. Tetapi tiba-tiba je Hyeong Wook terpijak sabun dan tergelincir lalu terjatuh dan pengsan.
 
Melihat situasi itu, Jae Seong segera menukar kunci loker (tempat penyimpanan barang ketika mandi) kepunyaan Hyeong Wook dengan kunci miliknya, dan Jae Seong memakai dan menggunakan kesemua barang-barang milik Hyeong Wook dan dia juga menggunakan kereta mahal milik Hyeong Wook.
 
Sedangkan Hyeong Wook dibawa ke hospital dan mengalami amnesia (hilang ingatan). Dari situlah kehidupan mereka berdua bertukar. Setelah sedar di hospital. Hyeong Wook menganggap bahawa namanya adalah Yoon Jae Seong, kerana kunci loker yang ada padanya itu milik Jae Seong, dan semua barang-barang milik Jae Seong, seperti kad pengenalan, alamat rumah, pakaian dan yang lainnya ada di loker tersebut. Jae Seong yang pada mulanya ingin memulangkan kesemua kepunyaan Hyeong Wook menyedari Hyeong Wook telah kehilangan ingatan dan mulai meneruskan hidup dengan menggunakan identiti dan harta benda Hyeong Wook.
 
…………….
 
Filem ini menggabungkan banyak genre iaitu romantik, aksi, komedi, thriller dan misteri dikumpulkan sekaligus menjadi 1. Filem ini ringan dan mempunyai beberapa plot cerita yang tergantung tetapi masih kemas dan tersusun alunan jalan ceritanya, dan terdapat “plot twist”, sememangnya bukan seperti yang penonton sangkakan. Filem ini menceritakan tentang nilai sebenar cinta dan kebahagiaan melalui kehidupan dua lelaki ini.
 
Rating Kakimuvee: 8/10

Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee