Review

Review Filem Korea: Intruder (2020)

Views

Selepas Peninsulasatu lagi filem dari Korea Selatan telah memulakan tayangannya di pawagam tempatan. Cuma filem kali ini bukalah bergenre aksi mahupun zombi, tetapi sebuah filem misteri thriller – yang mana Korea Selatan sangat  terkenal dengan kualiti filem-filem bergenre seperti itu.

Filem yang dimaksudkan adalah Intruder yang dibintangi pelakon drama What It Love? Song Ji-hyo dan pelakon filem Forgotten, Kim Mu-yeol.

Intruder berkisar tentang Seo-jin (Kim Mu-yeol) yang kembali bertemu adiknya, Seo-jin (Song Ji-hyo) setelah mereka terpisah selama 25 tahun. Kepulangan adiknya itu pada awal memberi sinar kepada Seo-jin yang mengalami kemurungan selepas isterinya meninggal dunia akibat kemalangan. Bagaimanapun, setelah beberapa lama, Seo-jin mula mensyaki sesuatu yang tidak kena pada keluarganya. Ibubapa mula berubah, begitu juga dengan anak perempuannya. Malah, wanita yang sering menjaga keluarga Seo-jin turut hilang secara tiba-tiba. Semuanya berlaku sebaik sahaja Yoo-jin kembali ke pangkuan mereka. Seo-jin cuba membongkar rahsia adiknya itu, yang mana ia akhirnya membawa kepada kebenaran yang mengejutkan.

30 minit pertama Intruder banyak berputar kepada kisah Seo-jin yang tertekan dengan kematian isterinya serta perubahan suasana yang ceria setelah kepulangan Yoo-jin. Misteri dan debarannya masih belum bermula, tetapi perasaan syak wasangka Seo-jin terhadap adiknya sudah mula berkembang.

BACA:  Review Filem Korea: #ALIVE (2020)

‘Mood’ filem kemudiannya berubah menjadi sangat ‘intense’ selepas Yoo-jin mula bertemu dengan seorang lelaki misteri dan berlaku perubahan ketara pada keluarga Seo-jin. Pembantu asal Seo-jin hilang secara tiba-tiba, tempatnya diganti oleh orang lain oleh adiknya, dan ibubapa Seo-jin sangat melindungi anak perempuan mereka sehinggkan perasaan syak wasangka Seo-jin terhadap adiknya semakin membuak-buak.

‘Second act’ Intruder boleh dikatakan sangat bagus, usaha watak utama yang cuba membongkar rahsia adiknya menimbulkan lebih banyak misteri.  Disini penonton tertanya-tanya siapakah Yoo-jin sebenarnya, adakah dia benar-benar adik perempuan Seo-jin? atau Seo-jin berhalusinasi? ataupun Yoo-jin seorang penyamar yang cuba merancang sesuatu pada keluarga Seo-jin. Banyak persoalan dan debaran yang boleh dirasai penonton dipertengahan jalan cerita Intruder. 

Bagaimanapun, Intruder mempunyai kelemahan yang sangat ketara pada 30 minit terakhir. Plotnya menjadi sangat klise apabila watak antagonis mula menceritakan rahsia dan perancangan mereka kepada proantagonis – penulisan tipikal dengan tujuan untuk segera menamatkan cerita.  ‘Twist’ yang melibatkan kumpulan kultus keagamaan juga menurunkan rasa keterujaan dan keinginan untuk menghabiskan cerita. Plot yang memaparkan kumpulan kultus yang mahu mendapat sesuatu dari seseorang sebenarnya sangat klise dan sering kali digunapakai dalam filem-filem, terutamanya filem Hollywood. Walaupun klimaks Intruder tidak begitu bagus, penamatnya yang terbuka boleh membuatkan penonton melihat kembali keseluruhan plot.

BACA:  Review Filem: Greyhound (2020)

Secara keseluruhanya, Intruder merupakan sebuah filem misteri thriller yang mampu membangkitkan persoalan demi persoalan di pemikiran penonton. Cuma kelemahannya adalah twist yang klise dan tindakan karakter yang sengaja menjurus kepada pengakhiran yang cepat. Jika tidak melibatkan kumpulan kultus dan keseluruhan rahsia dibongkarkan oleh watak utama, ia pasti lebih menarik, lebih bermisteri dan lebih mendebarkan.

RATING KAKIMUVEE: 6.5/10

Tinggalkan Balasan

shares