Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
ReviewSlot Asia

Review Filem Korea: Innocent Witness (2019)

Peguam bela, Soon Ho (Jung Woo Sung) sedang dipersiapkan untuk kenaikan pangkat sebagai rakan kongsi di firma guaman tempat dia bekerja dan diminta untuk mengambil kes ketuanya tentang kes seorang pembantu rumah, Mi Ran (Yum Hye Ran), yang dituduh membunuh majikannya yang tua, yang mana pembantu rumah itu memberi kenyataan bahawa majikannya membunuh diri sendiri kerana kemurungan.

Satu-satunya saksi kes tersebut adalah Ji Woo (Kim Hyang Gi), seorang pelajar perempuan yang menghidapi autisma. Walau bagaimanapun, tugas Soon Ho mendekati Ji Woo, agak sukar kerana Ji Woo tidak mahu bekerjasama. Tetapi Soon Ho tidak menyerah kalah, dia terus berusaha, sedikit demi sedikit, dan lama kelamaan Ji Woo akhirnya memberi ruang kepada Soon Ho.

Walaupun kedua-duanya sudah menjadi rapat, mereka harus berhadapan di antara satu sama lain di mahkamah, sebagai peguam dan saksi. Dapatkah Ji Woo membela anak guamnya dengan kenyataan-kenyataan yang solid dan konkrit sama ada anak guamnya di jalan yang benar atau sebaliknya? Manakala Ji Woo sebagai saksi yang mana kondisinya sebagai golongan kelainan upaya dapatkah memberi kenyataan yang dapat mempengaruhi keputusan untuk jatuhkan hukuman/kebebasan kepada anak guam Soon Ho?

Filem ini menyajikan mesej yang hebat dan luar biasa. Ianya menunjukkan perjuangan golongan autisma dan kondisinya yang sebenar dan bagaimana cara mendekati golongan autisma ini. Salah satu tema utama yang ditonjolkan dalam filem ini adalah layanan kepada golongan yang dianggap kelainan upaya dalam masyarakat.

Ji Woo dibuli di sekolah kerana kelainan upayanya, tetapi dia seorang yang bijak. Antaranya dia boleh melihat berapa banyak jumlah polka dot di tali leher dalam beberapa saat, sekiranya seseorang berbisik dia dapat mendengar setiap perkataan. Tetapi kerana dia dianggap tidak normal seperti orang lain, mereka membulinya.

Filem ini sebenarnya ringkas sahaja penceritaannya, tetapi filem ini dialunkan dengan sangat “licin”. Permulaannya agak perlahan, tetapi masuk babak kedua apabila watak-watak utama akhirnya berinteraksi, filem ini sudah dapat rentaknya. Filem ini mempunyai plot twist dan pendedahan yang mengejutkan. Jalan ceritanya tidak terlalu serius atau emosional, ya memang ada adegan yang menyedihkan, tetapi masih seimbang dalam mengekalkan antara babak emosi dengan selingan babak santai untuk menjadikannya daripada terlalu tegang dan menyedihkan.

Dalam ketidaksempurnaan orang lain ada sisi sempurnanya yang lebih sempurna daripada orang yang dianggap sempurna.

Rating Kakimuvee: 8/10

Related posts

Persahabatan Mereka Terjalin Di Gelanggang Tinju Dalam Trailer Kdrama Terbaru ‘Bloodhounds’

Kakimuvee

Don Lee Kembali Menampar Dalam Filem Terbaru ‘The Roundup: No Way Out’

Kakimuvee

Review Filem: Polis Evo 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Fast X (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Anwar: The Untold Story (2023)

Kakimuvee

Trailer Pertama Filem Korea “Cobweb” Arahan Kim Jee-Won Telah Dilancarkan

Kakimuvee

Leave a Comment