Review Filem Korea: Fabricated City 조작된 도시 (2017)

0
89
views

Fabricated City 조작된 도시 (2017)

Fabricated City mengisahkan tentang Kwon Yoo (Ji-Chang wook), seorang penganggur yang merupakan bekas atlet Tae-Kwon-do. Walaupun tidak bekerja, seharian beliau menghabiskan waktu dengan bermain permainan video pc. Kwon Yoo merupakan seorang gamer yang sangat power dan dianggap 'tuhan' di kalangan gamer. Beliau dikenali sebagai Captain.

Ketika sedang fokus main game, tiba-tiba ada handphone yang entah milik siapa berbunyi berhampirannya. Kwon Yoo menjawab telefon tersebut dan yang menjawab panggilan tersebut adalah suara perempuan. Perempuan itu mengatakan handphonenya tertinggal dan minta dihantarkan ke tempat tinggalnya dengan upah wang sebanyak 300 ribu Won. Gelap mata dengan wang sebanyak itu, Kwon Yoo akhirnya menghantarkan handphone tersebut ke tempat tinggal perempuan itu.

Saat sampai di kediaman perempuan itu, pintu apartment perempuan itu tidak dikunci. Perempuan itu sedang mandi dan meminta Kwon Yoo mengambil wangnya di bilik tidur. Tanpa syak wasangka dan curiga, Kwon Yoo mengambil wang tersebut dan meninggalkan handphone itu di bilik tidur. Sebelum pergi beliau sempat mengingatkan perempuan itu supaya mengunci pintu apartmentnya, kerana berbahaya jika membiarkan apartment tersebut terdedah macamtu je.

Keesokannya, Kwon Yoo tengah sedap sedap tidur tiba-tiba diberkas oleh polis dengan tuduhan memperkosa dan membunuh perempuan di bawah umur dengan 31 kali tikaman. Kwon Yoo yang tidak tahu apa-apapun, menidakkan tuduhan tersebut. Kwon Yoo diadili di mahkamaj dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup untuk pembunuhan yang bukan beliau lakukan.

Di penjara, Kwon Yoo diseksa oleh banduan di sana. Ibu Kwon Yoo berjanji akan berusaha membersihkan nama anaknya agar boleh keluar dari penjara. Namun keadaan menjadi rumit dan Kwon Yoo akhirnya berjaya melarikan diri dari penjara. Beliau berusaha membersihkan namanya. Dibantu dengan rakan-rakan kaki gamenya, Kwon Yoo memiliki satu kumpulan yang solid dalam membantunya mencari jawapan yang sebenar. Siapakah sebenarnya pelaku di sebalik pembunuhan ini?
.............................

Filem Fabricated City adalah filem aksi yang padu dan sedikit misteri ala-ala detektif Conan. Cerita ini menunjukkan bagaimana golongan kaya raya yang memiliki wang boleh mengatur segalanya. Geram je aku tengok.. eeeeiiii.

Korea memang hebat menghasilkan filem-filem yang penuh suspen dan agak tegang sebegini. Filem Korea bukan filem yang boleh dipandang sebelah mata je ok. Aku memang syorkan filem ni, sedap gila!!

Rating Kakimuvee: 9/10

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here