Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review Slot Asia

Review Filem Korea: Confidential Assignment (2017)

Im Chul-Ryung (Hyun Bin) adalah seorang detektif dari Korea Utara, bertugas dalam pasukan penyiasatan khas Korea Utara. Dia bersama pasukannya ditugaskan menyiasat sebuah gudang yang dicurigai melakukan percetakan wang palsu.

Mereka berjaya menyeludup masuk dan menyerbu gudang tersebut, namun disana terdapat detektif pangkat atasan Im Chul-Ryung, Cha Ki-Sung (Kim Joo-Hyuk) yang sebenarnya menjadi pengkhianat Korea Utara. Cha Ki-sung bersama pasukannya berada di gudang itu untuk mencuri plat master yang digunakan untuk mencetak wang palsu, yang boleh digunakan untuk mencetak duit dollar Amerika Syarikat yang asli.

Berlaku tembak-menembak yang mengakibatkan Im Chul-Ryung mengalami cedera tembakan sementara itu anggota lainnya maut. Tidak lama selepas kejadian itu pihak atasan Korea Utara mulai mengetahui bahwa Cha Ki-Sung telah melarikan diri ke Korea Selatan dalam usahanya untuk menjual plat master itu. Im Chul-Ryung diperintahkan secara khas untuk menyelesaikan misinya, mengambil kembali plat master pencetak wang itu hanya dalam waktu tiga hari. Untuk pertama kalinya, Korea Selatan dan Korea Utara harus mengetepikan perbezaan prinsip dan memutuskan untuk bekerjasama dalam menangkap penjahat Cha Ki-Sung.

Meskipun begitu, pihak atasan Korea Utara tetap menaruh keraguan apakah benar Cha Ki-Sung seorang pembelot. Im Chul-Ryung, adalah satu-satunya yang terselamat dari serangan insiden itu, dan ditugaskan untuk membantu menangkap Cha Ki-sung, tetapi dia juga mempunyai agenda peribadi untuk membalas dendam terhadap Cha Ki-sung. Detektif Kang Jin-Tae (Yu Hae-Jin) dari Seoul, Korea Selatan diperintahkan untuk membantu Im Chul-Ryung. Namun dia diberi misi rahsia iaitu mengawasi setiap langkah Im Chul-Ryung selama berada di Korea Selatan dan dia dijanjikan dengan kenaikan pangkat.

Hyun Bin sememangnya faktor utama aku melihat filem ini, tetapi dia tidaklah menjual rupanya semata-mata dalam filem ini, tapi dia berjaya membawa peranannya dengan baik dalam filem ini terutama dalam adegan aksi, dalam filem ni dia sangat dingin dan tidak terlalu banyak bercakap.

Tidak ada teka teki mahupun plot twist yang melampau dalam filem ini, perkembangan jalan cerita filem ini mudah dijangka, namun itu bukanlah perkara yang negatif, filem ini tetap dipersembahkan dengan cukup lancar. Tiada langsung babak cinta dan romantik dalam filem ini, adegan aksinya tetap membangkitkan adrenalin dan ditambah dengan aksi komedi dari Yu Hae-jin yang membawa watak sebagai rakan sekerja Hyun Bin merangkap detektif tempatan, memang sangat menyegarkan dan menghiburkan. Yoo Na (SNSD) ada berlakon dalam filem ni tapi watak dia serupa baik tak payah ada, macam props je

Kim Joo-hyuk yang memegang watak penjahat Cha Ki-sung dalam filem ini sudah meninggal dunia, terlibat dalam kemalangan maut Oktober dua tahun lepas.

Rating Kakimuvee: 8/10

Related posts

Cha Tae Hyun, Krystal, & Jinyoung Bersedia Untuk Mengambil Kes Dalam Poster Terbaru “Police University”

Zulaikha

“The Devil Judge” No. 1 Dalam Slot Waktunya

Zulaikha

Review Filem: The Tomorrow War (2021)

Kakimuvee

“Hometown Cha-Cha-Cha” Akan Ditayangkan Di Netflix 28 Ogos Ini

Kakimuvee

Park Ji-hoon, Kang Min-ah & Bae In-hyuk Spill Details of Their Roles as iQiyi’s Hit Drama “At a Distance, Spring is Green” Wraps Up Its FINALE

Zulaikha

Review Filem: Mat Bond Malaya (2021)

Kakimuvee

Leave a Comment