Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Review Filem Korea: A Violent Prosecutor (2016)

Byun Jae-Wook (Hwang Jung-Min) adalah seorang pendakwa raya yang begitu fokus dalam kerjayanya, tetapi beliau tidak boleh mengawal emosinya. Beliau menjalankan siasatan dan soal siasat ke atas pihak tertuduh dengan kekerasan.

Nasib tidak menyebelahinya, akibat terkenal dengan kekerasannya itu, beliau diperangkap akibat kesalahan yang tidak dilakukan, kerana mengakibatkan kematian tertuduh di bawah siasatannya. Beliau dihukum penjara selama 15 tahun, di dalam penjara beliau diseksa oleh banduan-banduan yang beliau jatuhkan hukuman semasa beliau menjadi pendakwaraya. Tetapi, beliau bernasib baik kerana pengawal penjara meminta nasihat guaman dari beliau, dan akibat tersebut beliau mendapat banyak kemudahan di dalam penjara.

Lima tahun kemudian, Jae-wook menjadi orang yang disegani di dalam penjara, beliau juga memberi nasihat perundangan kepada banduan-banduan, ini juga sebab beliau dipandang tinggi. Beliau bertemu seorang banduan baru bernama Chi-won (Kang Dong-Won), Chi-won merupakan, penipu handalan yang sudah banyak kali keluar masuk penjara.

Chi-Won mempunya maklumat tentang kes yang menyebabkan Jae-wook masuk ke penjara. Jae-wook ‘menolong’ Chi-won bagaimana cara menggugurkan dakwaan terhadapnya kerana Jae-wook mahu Chi-won menolongnya mendapatkan bukti yang diperlukan selepas Chi-won keluar penjara. Jae-Wook telah menyediakan misi membalas dendam terhadap orang yang telah memerangkapnya sehingga terpaksa dipenjarakan.

Walaupun tajuknya Violent Prosecutor tetapi tak adalah ‘kekerasan’ sangat yang ditunjukkan dalam filem ini, filem ini ada sedikit unsur komedi. Aku suka Hwang Jung-min ni berlakon, rupa memang tak ada tapi pergerakan badan beliau boleh menterjemahkan apa ekspresi dan perasaan beliau walau tanpa dialog. Filem ini tak adalah konflik sangat, agak mendatar sedikit dan boleh dikatakan straight to the point.

Filem ini jugak tidak menceritakan latar belakang karakter utama, cuma Chi-won ada cerita sedikit kisah hidup dia ke Jae-wook, tapi kurang pasti itu cerita benar atau penipuan. Hahahaha. Walaupun pengakhiran filem ini nampak macam simple je, filem ini tetap menarik untuk ditonton, terutama sekali keserasian antara Hwang Jung-min dan Kang Do-won memang tip top.

Rating Kakimuvee: 8/10

Related posts

6 Filem Terbaik Korea Lebih Sedekad Yang Lalu

Natasha

“One The Woman” Meneruskan Penguasaannya Sebagai Minisiri Paling Ramai Penonton

Zulaikha

Menjelang Finale, Namgoong Min Bersedia Untuk Pertempuran Terakhir Dalam Gambar Terbaru “The Veil”

Zulaikha

Kim Seon Ho Berundur Dari 2 Days & 1 Night Musim 4

Kakimuvee

Go Ara Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru

Zulaikha

“Lovers Of The Red Sky” Mengekalkan Kedudukan Pertama, Rating “The King’s Affection” Sedikit Menurun

Zulaikha

Leave a Comment