Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
ReviewSlot Tempatan

Review Filem: KK Knockout (2023)


AMARAN SPOILER!!!

Filem edaran Hero Legacy Sdn Bhd ini diarah dan dilakonkan oleh individu yang sama iaitu Yuri Mejal. Menemui para penonton pada 20 Julai 2023 yang lalu.

Mengisahkan tentang kehidupan dua orang pekerja salon yang berpewatakan lembut dan selalu dibuli oleh pelanggan salon dan juga orang yang tidak mereka kenali.

Putra yang merupakan salah seorang daripada mereka pada suatu hari telah dibelasah dengan teruk dan bertemu tanpa sengaja dengan seorang tua yang sedang mengutip tin di kawasan sekitar. Setelah berkenalan, orang tua itu tadi merupakan guru seni mempertahankan diri. Putra kemudiannya mempelajari ilmu tersebut daripadanya.

Adalah menjadi satu yang sangat bagus tentang filem ini kerana berani mengenengahkan warisan seni mempertahankan diri daripada tanah Borneo.


Pujian buat produksi. Babak pergaduhan dan pertarungan yang dipaparkan dalam filem ini jugak leka untuk dinikmati walaupun ada beberapa kekurangan pada babak pertarungannya seperti subjek utama kehilangan fokus dan sebagainya.

Perkara ini kelihatan disedari oleh pihak produksi kerana masalah ā€œout of focusā€ pada visual ini hanya wujud pada pertengahan pertama sahaja dan bagi pertengahan kedua masalah ini sudah tiada.

Isu berkenaan kongsi gelap dan gangsterism yang dimainkan juga adalah isu yang agak jarang dimainkan walaupun isu berkenaan dapat kita nikmati dalam beberapa filem box-office Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini.

Filem ini berkemungkinan akan menerima sekuel yang berikutnya. Ini berdasarkan acahan yang diberikan pada babak akhir filem ini sendiri yang menampilkan pelakon utamanya menyebut ā€œKK Gangsterā€.

Cuma saranan daripada pihak kami berdasarkan KK Knockout ini adalah supaya pihak produksi mendapatkan dana yang secukupnya sekiranya mahu menghasilkan sekuel.

Masalah yang dapat kami lihat pada filem KK Knockout ini adalah dari segi bajetnya sahaja. Kerana sekiranya mendapat bajet yang mencukupi, filem ini tentu dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan filem filem berbajet tinggi yang dikeluarkan dalam pasaran tempatan.

Pada mereka yang menggemarkan filem aksi tempatan sangat disyorkan untuk menonton filem ini. Menggunakan 99% loghat dan bahasa Sabah. Pastinya menjanjikan pengalaman baharu kepada peminat filem tanah air.

Rating Kakimuvee

2/5


Related posts

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Anwar: The Untold Story Menduduki Carta Top 10 Netflix Malaysia

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi BakaraĀ (2023)

Kakimuvee

ā€˜Liar’ Menang Perak Di ContentAsia Awards Ke-4Ā 

Kakimuvee