Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
ReviewSlot Tempatan

Review Filem: Kidnapped (2020)


AMARAN SPOILER!!!

Sepintas lalu tanpa melihat poster dan trailer, pastinya anda semua boleh mengharapkan sesuatu yang luar biasa berdasarkan tajuk filem ini sahaja. Kidnapped merupakan satu lagi buah tangan dari produksi tempatan yang menemui para penonton di pawagam pawagam terpilih seluruh Malaysia.

Sebuah filem yang berkonsepkan penculikkan dan jenayah akibat daripada dendam perniagaan. Akan tetapi itu hanyalah pengenalan kepada filem ini sahaja kemudian pihak produksi bermain dengan garis masa dua tahun selepas itu untuk memulakan penculikkan yang kelihatan samar samar akan motifnya.

Filem ini berdurasi hanya 80 minit namun jangan disangka air yang tenang tiada buaya, jangan disangka durasi pendek itu tidak mampu menyeksa anda bahkan ia lebih dari sekadar cukup untuk menyeksa mata dan telinga anda sepanjang menonton filem ini. Visual yang begitu buruk dijamu kepada penonton seolah olah dirakam menggunakan telefon pintar android kelas pertengahan dengan sokongan gimbal dan tanpa jurukamera yang berpengalaman.

Autofocus yang dilihat sering berubah ubah kadar zoomnya menyakitkan lagi mata semasa menonton filem ini. Overexposure juga menjadi masalah yang tidak dapat diatasi oleh pihak produksi. Hal ini diterukkan lagi dengan kualiti audio yang buruk mungkin kesan daripada penggunaan “software” pembatalan hingar (noise reduction) yang terlalu tinggi seterusnya menyebabkan kualiti audio filem ini terjerumus ke lembah yang hina.


Penceritaan dalam filem ini juga dilihat sedikit keliru akan ke mana arah tujunya sendiri. Walaupun filem ini dibantu dengan suara latar menceritakan serba sedikit perkara yang berlaku, namun itu tidak cukup untuk membantu filem ini bersinar. Penggunaan kesan bunyi yang agak bingit beserta “camera angle” yang melampau lampau juga tidak membantu untuk kualiti filem ini dinaikkan.

Ada beberapa babak dilihat menggunakan teknik dubbing bagi menjelaskan lagi audio suara pelakon supaya dapat dinikmati oleh penonton. Namun itu semua hanyalah penambah malapetaka bagi filem malang ini. Suara jalan dulu baru mulut gerak.

Sekiranya tahun 2019, kita ada sebuah filem yang bertajuk Homestay Permainan Maut, manakala untuk 2020 kita ada Kidnapped yang mana berpotensi untuk dinobatkan filem paling teruk 2020.

Secara keseluruhannya, filem ini tidak ubah seperti projek video sekolah rendah yang ditugaskan oleh guru kepada anak murid mereka untuk mengenali aspek aspek kesalahan dalam pembuatan video.

P/s : kalau korang nak tido dalam panggung selama 1jam 20minit… Boleh beli tiket filem ni… Kau ingat senang ke nak cari villain practice weight training angkat tong gas.

Rating 1.5/10


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee