Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Kerana Korona (2021)


Pandemik COVID-19 di Malaysia masih belum reda bahkan saat review ini ditulis, Malaysia masih mencatatkan kes baharu harian dengan catatan empat angka. Sekaligus memaksa industry layer gergasi negara terus ditutup bagi mengekang penularan wabak COVID-19 ini.

Justeru itu, platform digital menjadi pilihan pengeluar filem untuk terus menyediakan bahan tontonan kepada rakyat Malaysia. Tinggal lagi hanyalah kualiti bahan tayangan itu sahaja yang menjadi tanda tanya.

2021 ini Astro Shaw tampil dengan buah tangan terbaharu mereka melalui sebuah filem arahan Khabir Bhatia yang berjudul “Kerana Korona”.

Mengambil sempena dengan kisah penularan wabak COVID-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia yang bermula pada 18 March 2020 yang lalu, pihak produksi telah menerapkan konsep tersebut dalam filem terbaharu mereka pada kali ini.

Filem ini memaparkan tiga kisah pada latar watak yang berlainan antara satu sama lain namun masih lagi berkait-hubung antara satu sama lain.


Kisah orang tua di kampung dijalin dengan gelagat anak anak mereka di kotaraya yang menjalani kehidupan masing masing dalam menelusuri kehidupan mereka meniti hari hari dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

Kisah-kisah ini agak menarik untuk diperhatikan kerana ia berkait rapat dengan rakyat Malaysia pada ketika ini. Yang tua dengan gaya mereka di kampung mengamalkan segala petua yang disebarkan melalui media sosial berkenaan virus corona ini sehinggalah gelagat mereka yang culas untuk memakai pelitup hidung dan mulut ketika berada di luar rumah.

Berlainan pula dengan kisah mereka yang di bandar. Yang bekerja sebagai anggota kesihatan dengan gelagat mereka sehinggalah mereka yang bekerja dari rumah dengan telatah anak anak yang memeningkan kepala para ibubapa.

Konsep ini dilihat agak menarik kerana ia berada sangat dekat dengan rakyat Malaysia pada ketika ini. Akan tetapi, konsep hanya tinggal pada konsep kerana penceritaan yang diceritakan hanya sekadar pada permukaannya sahaja.

Setiap isu yang ditimbulkan tidak dihidangkan secara keseluruhan atau lebih dalam mungkin kerana limitasi kewangan atau pergerakan yang dialami oleh pihak produksi.

Jelas, Kerana Korona ini hanyalah untuk tontonan santai sesama ahli keluarga sahaja dan bukannya untuk mereka yang mencari bahan tontonan yang mencabar minda ketika menonton.

Rating Kakimuvee

3/5


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee