Review

Review Filem: Kelaster (2020)

Views

Bersantai bersama rakan-rakan 'reviewer' (Tellygeram & Rekomen Filem) sambil menonton filem Kelaster dilayar projector adalah satu pengalaman yang cukup kelakar. Kami semua sangat kagum dengan.... ke'tahi'an filem ini sehingga banyak kutukan membina kami lempiaskan dalam podcast Kakimuvee. 

Ok, bagi pihak Kakimuvee, filem ini boleh dikatakan lebih teruk dari Miimaland (Korang baca review disini), sangat teruk baik dari segi 'line up cast', storyline sehingga ke genrenya sendiri.

Sebagai sebuah filem seram komedi, elemen seram dan komedinya seharusnya berjaya membuatkan penonton takut dan dalam masa yang sama, terhibur dengan komedi yang cuba disampai oleh pelakon. Tetapi Kelaster jelas sekali gagal memberikan genre seram dan komedi kepada penonton.

Jujur saya katakan, kami semua sangat 'annoying' dengan lakonan Achey. Dia terlampau 'overshadow' watak Usop lakonan Merqee. Achey kerap kali mengulangi 'line'nya, malah komedi yang cuba disampaikan langsung tidak membuat saya dan rakan-rakan ketawa.

Kehadiran Nora Danish yang membawa watak Ain turut gagal menghalang penguasaan watak Achey. Pendek kata, 'it's all about' Achey. Bagaimanapun, ini pertama kali saya suka dengan peranan Adam John sebagai Warden - nampak garang.

Plot Kelaster agak 'mess'. Konsep cerita dalam cerita langsung tidak menguatkan plot utama mengenai dua pelajar yang terperangkap dalam hostel sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan. Subplotnya hanya sekadar menceritakan pengalaman menakutkan Zul (Achey) dan Usop, tetapi tidak 'related' dengan 'main story'.

Kisah lampau Ain telah twist genre filem ini ke drama romantik. Azhan Rani hanya sekadar 'clickbite', tidak banyak 'screentime' untuk peranan Azhan Rani. Twist dan cerita sangat predictable, dan 'the worst' part, kenapa perlu ada musik lagu Sakit dalam filem ni!. 

Seteruk-teruk Miimaland, masih ada susuk tubuh hantu yang menakutkan, tetapi hantu Kelaster langsung tidak menyeramkan - bukan tak seram, tetapi langsung tiada rupa hantu!. Bukan itu sahaja, 'jumpscare'nya tidak menjadi, dan cubaan untuk membuatkan suasana seram hanya menimbulkan kejian kami semua. Seperti yang saya katakan diatas, filem ini betul-betul tidak menepati fokus genrenya. 

Secara keseluruhannya, Kelaster hanya mengorek lagi lubang hina filem tempatan yang semakin dalam. Impian Finas yang mahu membawa filem tempatan ke peringkat Oscar hanyalah sekadar angan-angan 'ketum'. Filem-filem berkualiti tempatan tidak mampu mendapat sambutan sekiranya masih ada filem seteruk ini. Harus diingat, 'mindset' "filem tempatan mesti sampah" masih menebal difikiran penonton. Jadi sebagai badan yang meningkatkan kualiti filem, Finas harus pastikan tiada lagi filem-filem teruk seperti Kelaster.

 RATING KAKIMUVEE: 0.5/10

Anda boleh dengar spoiler talk, ulasan penuh dan reaksi Kelaster di Podcast Kakimuvee. Terima kasih kepada Tellygeram dan Rekomen Filem.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks