Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Jumanji: The Next Level


Permainan video boleh dikatakan sebagai satu alat yang melepaskan segala tekanan selepas menjalani hari-hari yang memenatkan. Namun kadang-kala, terlampau berlebihan ianya boleh merugikan masa, dan lebih teruk jika ada yang beranggapan dunia didalam permainan video adalah lebih realistik berbanding kehidupannya yang sebenar.

Jumanji: The Next LevelĀ memberi contoh bahawa terdapat individu beranggapan kehidupan sebenarnya adalah didalam permainan video. Filem sekuel arahan Jake Kasdan ini bersambung terus dari filemĀ Jumanji: Welcome to the JungleĀ dimana empat remaja – Spencer, Bethany, Fridge, dan Martha – telah menjadi ‘BFF’ selepas mengharungi permainan sukar dalam filem sebelumnya.

Berbeza dengan Bethany, Fridge dan Martha yang menghargai kehidupan seharian mereka, Spencer sebaliknya menghadapi hari-hari yang cukup sukar sebagai seorang yang gagal dalam kehidupannya. Kegagalan dalam percintaan dengan Martha memburukan lagi keadaannya sehingga dia menyisihkan diri dari rakan-rakannya.

Pada suatu hari, selepas pulang ke rumah keluarganya, Spencer telah membuat satu tindakan diluar jangkaan. Merasakan dirinya sebagai avatar Dr. Smolder Bravestone adalah jauh lebih baik dari kehidupannya sekarang, dia telah memasuki kembali permainan Jumanji tanpa pengentahuan rakan-rakannya. Akibatnya, rakan-rakannya terpaksa memasuki kembali dalam permainan yang menakutkan itu demi menyelamatkan Spencer.

Lebih memburukkan lagi keadaan, datuk Spencer iaitu Eddie dan rakan datuknnya iaitu Milo secara tidak sengaja turut disedut ke dalam permainan Jumanji. Dengan Fridge membawa avatar yang baru, berserta Eddie dan Milo – yang berada dalam avatar Dr. Bravestone dan Mouse Finbar – kehairanan kerana berada didalam dunia yang begitu asing, mereka perlu mengenepikan segala perbezaan dalam mengharungi cabaran baru Jumanji dalam usaha menyelamatkan Spencer dan keluar dari pemainan yang tersebut.


Secara peribadi, saya beranggap filem ini tidak layak diberi sekuel kerana ia memaparkan jalan cerita yang hampir sama. Namun ia tidak bermakna saya tidak suka dengan filem kali ini.Ā The Next LevelĀ boleh dikatakan peringkat seterusnya dalam permainan Jumanji, cabarannya lebih sukar, penuh penggembaraan dan yang paling penting, masih lagi kelakar dan menghiburkan.

Terdapat beberapa cabaran dalam filem ini dibuat dengan begitu mendebarkan, malah avatar yang dinaiktaraf turut memberikan sedikit kelainan dan lebih kepelbagaian berbanding dari filem sebelumnya. Babak seperti dikejar burung unta dan melarikan diri dari serangan Baboon (saya lupa nama sebenar monyet yang disebut Mouse Finbar dalam filem ini) memberikan debaran yang cukup kuat dan dekat dengan realiti permainan video. Dua babak penting ini menjadikanĀ The Next LevelĀ sama menarik sepertiĀ Welcome to the Jungle.Ā 

Cuma sedikit kekecewaan pada ‘third act’ filem ini. Villain utama Jumanji, Jurgen the Brutal tidak segah namanya. Para avatar mudah untuk menewaskannya dan saya beranggapan babak akhir yang melibatkan Jurgen dan Dr. Bravestone sebagai antiklimaks. Peringkat akhir dimana mereka perlu berhadapan dengan Jurgen the Brutal sepatutnya menjadi lebih sukar, ‘intense’ dan memberi buah penamat yang menarik, tetapi sebaliknya ia seolah-olah seperti ingin segera ditamatkan.

Dari segi lakonan dan karakter, saya dengan senang hati memilih Kevin Hart sebagai ‘Man of the Match’. Walaupun filem ini mungkin dibayangi dengan populariti Dwayne “The Rock” Johnson, Hart banyak mencuri perhatian dengan komedi dan mimik suara serta gaya ala pelakon Danny Glover. Ā Dwayne Johnson pula dilihat sedikit tenggelam manakala Jack Black lebih menonjol berbanding filem sebelumnya. Karen Gillan seperti biasa, kekal ‘hot’ sebagai Ruby Roundhouse. Awkwafina sebagai Ming Fleetfoot pada awalnya agak sedikit pelik, mungkin kerana cuba untuk menyesuaikan diri dengan karakter Spencer, namun perwatakan sebenarnya mula kelihatan apabila dia meniru karakter lakonan Danny DeVito.

Secara keseluruhannya,Ā Jumanji: The Next LevelĀ tidak layak menjadi filem sekuel memandangkan plot penceritaan yang sama, tetapi jika ingin dianggap sebagai satu bentuk hiburan untuk mengisi masa lapang, filem ini sangat sesuai untuk ditonton. Mungkin ada yang merasakan filem ini bosan, tetapi bagi sayaĀ The Next LevelĀ masih lagi menarik dan mendebarkan kerana pada dasarnya, filem ini adalah peringkat seterusnya dalam permainan Jumanji.

RATING KAKIMUVEE: 7.5/10

*JUMANJI: THE NEXT LEVEL MEMILIKI SATU BABAK KREDIT YANG AGAK MENARIK!

 


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi BakaraĀ (2023)

Kakimuvee

Pandangan Pertama Vanessa Kirby Sebagai Josephine Dalam Poster Terbaru NAPOLEON

Kakimuvee