Review Filem Jepun: Kingdom (2019)

266
views

Review Filem Kingdom

*Amaran Spoiler!*

Berlatarbelakangkan China purba, di mana seorang anak yatim, Shin, mengimpikan untuk menjadi seorang jeneral demi mengubah status hidupnya yang rendah sebagai hamba. Pengembaraannya untuk menjadi jeneral terhebat Kerajaan Qin bermula apabila dia dan Eisei, budak lelaki yang bakal menjadi maharaja Qin, mula bersekutu. Mereka bekerjasama untuk menuntut semula takhta Eisei dan menyatukan Negeri-negeri Berperang.

Bahasa: Jepun
Sarikata: Inggeris / Melayu / China
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 18 Julai 2019
Genre: Aksi / Pengembaraan
Durasi: 2 Jam 14 Minit
Pengedar: Primeworks Studios
Pelakon: Kento Yamazaki, Ryo Yoshizawa, Masami Nagasawa, Kanna Hashimoto, Kanata Hongo
Pengarah: Shinsuke Sato
Format: 2D

Ulasan :

Filem ini sudah pun ditayangkan di Jepun pada bulan lepas dan seperti dijangka, Kingdom mendapat kutipan Box-Office dengan rata2 penonton disana berpuas hati dengan filem ini. Di Malaysia, Primeworks menjadi pengedar rasmi untuk tayangan filem dipawagam tempatan.

Manga Kingdom ini memang popular di Jepun dan kebanyakan pembaca komik ini adalah remaja ke dewasa. Filem ini mengambil arc awal dalam manga, dari saat Shin dijual sebagai hamba sampai saat Shin bertemu dengan Eisei dan membantu Eisei mendapatkan semula takhta sebagai Maharaja Qin.

Storyline filem ini mempunyai flow yang cantik bagi aku dan tak seperti beberapa adaptasi filem live action yang lain. Mungkin sebab penceritaan cuma mengambil arc awal dalam manga jadi production ada ruang untuk mencantikkan jalan cerita.

Emotional run dalam filem ini ada tapi aku secara peribadi tak berapa selesa bila tengok Shin asyik menjerit nama kawannya. Korang jangan mengharapkan ‘hero’nya terlampau hebat. Anggap ini macam filem baru spidey ala yang baru nak control tingling sense dia tu.

Respons daripada tayangan awal semasa pratonton awal untuk media minggu lepas, rata2 semua berpuas hati walaupun tidak pernah membaca manga Kingdom ini. Jadi tak perlulah study manga atau tengok anime dulu.

Disebalik plot yang tak berapa ringan bagi aku, ada humor dan twist yang menarik untuk filem ini. Jujur, aku tak sabar nak tengok next installation untuk filem ini. Tapi next arc dalam manga, plot dia lagi heavy.

Rating : 8/10

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here