Review

Review Filem Jepun: Fukushima 50 (2020)

Views

Sejak berakhirnya krisis kebocoran Loji Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi, banyak dokumentari dan buku yang menceritakan bencana tersebut telah diterbitkan. Kini, penonton berpeluang melihat dengan lebih dekat bagaimana para petugas barisan hadapan menangani dengan krisis nuklear dalam filem Fukushima 50.

Filem arahan Setsuro Wakamatsu ini diadaptasikan dari buku bukan-fiksyen On the Brink: The Inside Story of Fukushima Daiichi karya Ryusho Kadota.

Dibintangi Koichi Sato dan Ken Watanabe, Fukushima 50 menceritakan keberanian para pekerja Loji Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi yang bertungkus lumus menghalang kebocoran reaktor nuklear dari menjadi lebih teruk selepas bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac 2011.

Filem ini tidak membuang masa dalam memulakan cerita dimana ia terus membawa penonton melihat bencana gempa bumi dan tsunami yang agak menakutkan. Penggunaan kesan khas dalam mencipta ombak tsunami boleh dikatakan sangat baik dan realistik, seolah-olah mereka merakam adegan bencana ini sewaktu berlakunya tsunami.

Selepas beberapa minit adegan bencana yang sangat mendebarkan, maka bermulalah plot utama dimana ia menceritakan bagaimana para pekerja loji dan pasukan penyelamat bergadai nyawa menangani krisis nuklear di loji tersebut.

BACA:  Review Filem Korea: Intruder (2020)

Fukushima 50 boleh dikatakan lebih kepada drama dari memberikan sebuah filem yang mendebarkan. Sebagai sebuah filem pasca bencana dengan krisis kebocoran bahan radioaktif, penonton mungkin menjangkakan banyak adegan-adegan yang tegang dan mendebarkan, lebih-lebih lagi ia berkisar tentang krisis yang pernah berlaku 9 tahun yang lalu. Sebaliknya penonton banyak melihat drama diantara karakter, konflik pentadbiran dalam menguruskan bencana dan beberapa subplot yang langsung tidak memberi kesan kepada perjalanan cerita.

Mungkin filem ini terlampau menuruti sumber asal sehingga mengambaikan beberapa faktor yang membantu menjadikan filem ini lebih menarik.

‘Third act’ Fukushima 50 agak mengecewakan, solusi yang cuba disampaikan tidak begitu jelas. Ya, reaktor nuklear yang mereka bimbangkan itu tidak meletup, tetapi bagaimana mereka berjaya menghalang dari pekara itu berlaku tidak dijelaskan dengan begitu baik. Bagaimanapun, penamat filem ini memberi sedikit emosi, cuma tidak begitu memberi penghargaan kepada wira-wira Fukushima 50.

Lakonan para pelakon tidak mengecewakan. Jika anda tidak biasa dengan filem-filem Jepun, mungkin anda akan merasa sedikit janggal melihat bagaimana pelakon-pelakon Jepun menterjemahkan karakter lakonan mereka. Karakter-karakter dalam filem ini memberi contoh yang sangat baik dalam menyelesaikan tugasan atau menangani krisis. Kerjasama dan tidak putus asa adalah kunci paling penting di alam pekerjaan, dan inilah yang dipaparkan dalam Fukushima 50.  Lakonan Koichi Sato dan Ken Watanabe menjadi faktor utama kenapa anda harus menonton filem ini.

Secara keseluruhannya, Fukushima 50 memberikan kepada penonton gambaran sebenar bagaimana para pekerja loji tenaga nuklear mempertaruhkan nyawa mereka bagi mengelakkan krisis menjadi lebih teruk. Walaupun tidak menceritakan secara keseluruhan dan lebih mendalam, sekurang-kurangnya, penonton dapat melihat usaha wira-wira yang digelar Fukushima 50 oleh masyarkat antarabangsa.

BACA:  Review Filem: The Sonata (2018)

RATING KAKIMUVEE: 7/10

Tinggalkan Balasan

shares