Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review Slot Asia

Review Filem: Jangan Sendirian (2021)

Tak sangka, filem seram Indonesia Jangan Sendirian ni ‘tersangatlah’…hebat? Setelah lama tidak menonton filem seram dari negara seberang, saya akhirnya berpeluang menonton filem ini pada minggu lalu. Itu disebabkan ajakan rakan, bukan kerana terasa ingin menontonnya walaupun Kakimuvee pernah mempromosikan beberapa trailer filem ini.

Secara jujurnya, minat saya telah hilang sejak melihat trailer pertamanya. Tetapi, selepas menonton filem penuh, Jangan Sendirian benar-benar berjaya me’serabut’kan kepala otak saya ni. Jangan Sendirian mengisahkan tentang empat sahabat yang mangsa keganasan ‘setan’ yang tidak diketahui asal-usulnya. 

Seperti keempat-empat sahabat itu, saya juga tidak tahu ‘apa asal-usul cerita filem ini’. Dua puluh minit pertama, saya sudah berkerut dahi kehairanan kerana filem ini tiada mukadimah, tetapi terus disumbatkan dengan ‘hantu-hanti’ yang menggangu seorang wanita. Saya sempat ber’wassap’ kepada rakan, “cerita apa ni?”, tetapi rakan saya dengan sinis membalas emoji gelak-gelak. 

Ya, dua puluh minit pertama penonton disajikan dengan babak seorang wanita diganggu hantu, tetapi bagi menunjukkan betapa teruk penulisan skrip filem ini, wanita yang diganggu hantu sampai nak mati itu dengan tenang berkata kepada makcik dan pakciknya yang baru tiba ke rumahnya, “Haa, ada pun, saya mahu ke bilik berehat sebentar”, tanpa tunjuk rasa takut bahawa dia telah diganggu hantu. Sedangkan watak manusia dalam filem seram Hollywood pun akan histeria selepas diganggu hantu, tetapi watak wanita dalam filem ini sangat ‘santui’ dan tenang.

Jangan Sendirian sebenarnya berkonsep ala ‘antologi’, beberapa cerita pendek dalam satu filem, cuma di penghujungnya semua berkaitan dan mendedahkan sebab kenapa empat orang individu ini diganggu dengan hantu yang cukup ganas. Selepas kisah wanita yang diganggu hantu, anda akan melihat tiga bab seterusnya, dan ketiga-tiganya akan memaparkan keganasan dan gangguan yang berlaku pada watak dalam filem ini. 

Bagi saya filem ini tidak menakutkan, lebih kepada lucu dan sakit kepala. Walaupun elemen seram disumbat ‘kaw-kaw’, tiada satu pun yang menakutkan. Sampai ke satu tahap, saya tepuk dahi, melihat adegan seram yang tidak masuk akal. Bayangkan, ada babak ala Dark Vader? hantu menggunakan pedang berapi untuk bunuh mangsanya. Itu belum lagi babak ala I Know What You Did Last Summer, seorang pakcik tua dikawasan pedalaman, tiba-tiba muncul sambil memegang telefon bimbit mewah, merakam satu insiden kemalangan. 

Penceritaan filem ini sangat teruk, ditambah pula dengan lakonan dan ‘detaling’ yang lain. Dipermulaan filem, hantunya masih lagi berjaya mencipta ketakutan, tetapi apabila masuk ke bab kedua sehingga penghujung, sosok-sosok hantunya berubah menjadi komedi. Saya rasalah, mungkin sepupu Hantu Kak Limah berlakon dalam filem ini.

Dari segi lakonan, tidak banyak mampu diulas, kerana kebanyakan watak utama sekadar menjerit-jerit dan tunjuk wajah yang ketakutan. Manakan tidak, setiap saat dalam filem ini akan disumbat adegan-adegan seram, seperti yang saya katakan diatas. Pelakon Robby Sugara dan David John Schaap sahaja yang saya rasa paling banyak menuturkan dialog, tetapi apa yang boleh saya katakan, watak mereka ‘kayu’ begitu juga dengan watak-watak lain.

Secara keseluruhannya, Jangan Sendirian sangat tidak berbaloi untuk ditonton sendirian, kerana anda akan rasa tertekan. Jadi, untuk mengelakkan rasa tertekan, tontonlah bersama rakan, sekurang-kurangnya dua orang rakan anda, supaya anda akan terhibur melihat keterukan filem ini. Pendapat saya, filem ni ‘totally fail’, langsung tidak best dan mengarut. 

Rating Kakimuvee

0.5/5

Related posts

GET TO KNOW THE UP-AND-COMING YOUNG ACTORS OF LAW SCHOOL

Zulaikha

“Revolutionary Sisters” & “Bossam: Steal the Fate” Capai Penilaian Tertinggi Setakat Ini

Zulaikha

5 REASONS WHY NEW DRAMA SERIES MINE WILL COMPLETELY DAZZLE YOU

Zulaikha

Bintang “Vincenzo” Kuasai Top 4 Senarai Mingguan Pelakon Paling Popular

Zulaikha

Review Filem: Night in Paradise (2020)

Kakimuvee

“Imitation” Bermula Suram, “Taxi Driver” Kekal No. 1

Zulaikha