Review

Review Filem: IT: Chapter Two

Views

Tidak sangka, sudah dua tahun sejak filem pertama IT ditayangkan kepada penonton diseluruh dunia. Ramai yang tidak menyangkakan bahawa filem ‘remake’ dan adaptasi dari novel Stephen King itu berjaya mencipta fenomena dikalangan peminat filem-filem seram khususnya mereka yang meminati novelis terkenal itu.

Kehebatan filem pertama bagaimanapun pasti memberi sedikit tekanan kepada pengarah Andrés Muschietti dalam menghasilkan filem kedua berjudul IT: Chapter Two. Ini kerana, peminat akan menaruh harapan tinggi terhadap filem sekuel itu nanti. Seperti para penonton yang lain, saya juga menaruh harapan tinggi terhadap filem IT: Chapter Two, lebih-lebih lagi ia turut dibintangi beberapa pelakon hebat seperti James McAvoy dan Jessica Chastain.

IT: Chapter Two merupakan kesinambungan filem pertama IT yang diterbitkan pada tahun 2017. Filem kali ini berlatarbelakangkan zaman sekarang iaitu selepas ‘The Losers’ Club’ menewaskan Pennywise 27 tahun yang lalu. Dipenghujung filem IT, kesemua mereka telah berjanji akan kembali ke pekan Derry sekiranya Pennywise kembali mengganas.

Selepas masing-masing berpisah dan mempunyai kehidupan mereka sendiri, Bill (James McAvoy), Bev (Jessica Chastain), Ben (Jay Ryan), Richie (Bill Hader), Eddie (James Ransone) dan Stanley (Andy Bean) dikejutkan dengan panggilan telefon dari Mike (Isaiah Mustafa). Panggilan telefon tersebut bukanlah panggilan yang dinantikan mereka kerana ia bermakna, mereka perlu kembali ke pekan Derry untuk menunaikan sebuah perjanjian darah, membunuh Pennywise buat selama-lamanya.

BACA:  Poster Pertama The LEGO Movie 2: The Second Part Telah Dilancarkan, Trailer Akan Dikeluarkan Esok

Seperti filem pertama, pembinaan plot sekuel kali ini dibuat secara perlahan-lahan tetapi bersistematik. Setiap karakter diberi peluang untuk menceritakan kisah mereka terutamanya ketika babak-babak yang melibatkan masa lampau. Selain itu juga, pengarahnya tidak sekadar menumpukan kepada satu mood filem sahaja. Walaupun bertemakan seram, ia tidak semestinya perlu sentiasa tegang setiap masa. Disini saya lihat Muschietti sengaja memasukkan elemen ‘dark humor’ dan drama bagi menguatkan penceritaannya dan meredakan sedikit ketegangan kepada penonton. Cuma kadang-kala, terdapat ‘dark humor’ yang saya rasakan tidak bersesuaian dengan suasana babak pada ketika itu.

‘Act’ kedua filem banyak melibatkan babak-babak ‘flashback’ terutamanya ketika ahli ‘The Losers’ Club’ mencari artifak mereka. Cara olahannya telah menguatkan lagi personaliti dan pembangunan karakter setiap watak. Penonton dapat mengetahui sisi gelap, rahsia dan kisah lampau yang tidak pernah diceritakan dalam filem pertama. Dalam menceritakan kisah-kisah lalu, saya terperasan beberapa babak telah diguna semula dari filem pertama, yang mana bagi saya ianya tidak perlu, melainkan ia tidak pernah ditunjukkan kepada penonton.

Filem-filem bertemakan seram biasanya gemar bermain dengan adegan-adegan ‘jumpscare’ demi mewujudkan ketakutan dan kejutan kepada penonton. IT Chapter Two tidak terlepas dengan adegan-adegan ‘jumpscare’, namun ianya tidak digunakan secara berlebihan / kerap seperti filem pertama, sebaliknya cara penyampaian seramnya lebih bersifat ‘intense’ dan ‘distrubing’. Bercakap soal ‘distrubing’, IT Chapter Two dilihat lebih serius dalam menonjolkan babak-babak yang boleh menganggu penonton. Dalam erti kata lain, ayat “makan budak” benar-benar dipaparkan dalam episod kali ini.

BACA:  Review Filem Hobbs And Shaw

Antara yang paling saya suka tentang filem ini adalah barisan para pelakonnya. Gabungan para pelakon dewasa dan kanak-kanak begitu menjadi dan realistik. Bila saya maksudkan realisitik ialah gambaran rupa sebenar pelakon kanak-kanak apabila dewasa. Imaginasi saya kuat berkata, babak-babak yang melibatkan pelakon dewasa seolah-olah dirakam dimasa hadapan. Bagaimanapun, realiti sebenarnya, kedua-dua generasi pelakon berjaya menterjemahkan watak masing-masing dengan begitu baik sekali. Jika anda bertanyakan kepada saya siapa ‘man of the match’ dalam filem ini? saya memilih Bill Hader kerana karakternya adakalanya ‘comic relief’ dan dalam masa yang sama lebih menonjol berbanding James McAvoy dan Jessica Chastain.

Dari segi teknikal, sinematografi filem ini telah memberikan rakaman-rakaman yang sangat cantik,baik dari segi ‘angle’ dan permandangan. Selain itu juga, jika ia melibatkan adegan seram, rekabentuk produksinya berjaya membangkitkan perasan takut kepada penonton. Seperti biasa, rupa paras Pennywise memberikan kengerian untuk dilihat, lebih-lebih lagi ketika dia berubah bentuk untuk bertarung dengan ‘The Losers’ Club’.

BACA:  Atomic Blonde Review

Secara keseluruhannya, IT Chapter Two merupakan sebuah sekuel yang sukses dan mampu memberikan kepuasan yang maksimum kepada penonton, walaupun tahap keseramannya tidak mampu menandingi filem pertama. Namun begitu, sebagai filem penamat, ia memberikan telah memberikan beberapa babak yang mampu diingati para penonton, terutamanya cara penamatnya yang indah tetapi emosinya bercampur-baur. Oh ya!, filem ini memberikan cameo kejutan kepada penonton. Untuk ketahui siapakah yang membuat kemunculan cameo dalam filem ini, Saksikan IT: Chapter Two dipawagam.

Rating Kakimuvee: 8/10

Tinggalkan Balasan

shares