Review

Review Filem: In My Heart (2020)

Views

2020 sudah semestinya menjadi satu igauan kepada penggiat seni tanah air lebih lebih lagi kepada mereka yang berada dalam industri filem dek kerana penularan wabak Covid – 19 yang terus menerus menggugat kadar kutipan filem namun hal ini bukan hanya berlaku di Malaysia bahkan seluruh dunia.

Dalam pada itu, di tengah tengah kekalutan dan keserabutan filem - filem tempatan yang teruk kualitinya, satu filem Malaysia yang boleh dikatakan “underrated” telah ditayangkan dipawagam. Tarikh asalnya adalah pada April 2020 namun dek kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia, filem ini ditangguhkan sehingga akhir September dan masih ditayangkan saat review ini ditulis pada 3 Oktober 2020. Filem tersebut adalah filem berjudul In My Heart arahan Teddy Chin. Sekali pandang pada poster In My Heart ini langsung tiada “vibe” filem Malaysia begitu juga dengan lokasi penggambaran dalam filem ini yang mana mungkin menggunakan lokasi yang jarang digunakan dalam kebanyakan filem tempatan menjadikan ia seolah olah “rare”.

Filem ini mengisahkan tentang dua beradik yang sangat rapat dan berkongsi minat yang sama. Pada suatu malam mereka telah mencuri masuk sebuah bangunan yang menempatkan “Classic Grand Piano” yang sangat mahal. Tujuan mereka mencuri masuk ke dalam bangunan tersebut adalah untuk memainkan lagu mereka dengan piano tersebut. Tanpa diduga, mereka telah mengalami satu kecelakaan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dan dalam kecelakaan itu si adik telah koma. Si abang kemudiannya meneruskan kehidupannya yang penuh dengan kejutan.

Secara jujurnya, kekuatan filem ini adalah pada mainan emosinya yang cukup kuat lebih lebih lagi kepada mereka yang mungkin mempunyai “emotional attachment” dengan filem ini seperti kehilangan orang tersayang dan yang seumpama dengannya. Para pelakon pula dilihat tidak kekok dalam menjayakan watak masing masing walaupun mungkin ada sedikit “glitch” pada lakonan masing masing namun hal itu berjaya diselindungkan dengan buaian emosi yang diberikan.

Lagu lagu yang dimainkan dalam filem ini juga cukup menghiburkan ditambah pula dengan senikata Inggeris dan Melayu yang disediakan turut membantu dalam usaha penonton untuk membuaikan emosi masing masing semasa menonton filem ini.

Namun walau bagaimanapun terdapat sedikit perkara yang mengecewakan saya semasa menonton filem ini iaitu perkembangan watak dan jalan cerita yang dilihat sedikit lemah sehinggakan kadang kadang sesetengah babak dilihat dipersembahkan secara tiba tiba kepada penonton tanpa penjelasan yang kukuh.

Filem ini juga harus dipuji kerana sinematografinya yang cukup baik dari awal hingga akhir dan perkara ini selalunya menjadi perkara yang jarang dititikberatkan oleh filem tempatan. Kesimpulannya, filem In My Heart merupakan satu filem yang mampu membuaikan kita semua ke dalam emosi yang ingin dibawa oleh produksi.

Rating Kakimuvee : 6/10

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks